bila bercakap pasal masa, ramai orang cakap tak pernah cukup. betul tak? kalau cakap pasal duit pulak? lagi la tak cukup weh! bila ada duit je mula la berfikir nak beli tu nak beli ni. bila tak ada duit pulak mula la muka toya macam kambing beranak anak lembu. ala...cakap la pasal masa ke duit ke, selagi kita ni bergelar manusia sampai bila-bila pun kita tak kan pernah puas dan cukup dengan apa yang kita ada kan?? normal la tu...jangan pulak korang takut sampai pergi hospital buat check up! =.='
actually dah beberapa hari dah aku ni kebosanan. yela sejak balik hari khamis hari tu aku belum sempat spend time betul2 dengan mybf. bukan aku yang buzy tapi dia. aku ni beriya2 la balik awal dari kampung lepas raya hari tu tapi tup2 duk melangut sorang2 kat dalam hostel. makan pun biskut raya yang aku bawak je sebab kafe belum bukak. kalau nasib aku baik bf aku datang hantar makan tapi tu pun dah tersangat lewat la, dah kira breakfast + lunch + dinner + supper = ???? korang jawab la sendiri.
aku paham dia buzy tapi sebagai bf dia pun kena pandai la bagi masa. dah la kemewahan dia tak dapat bagi, atleast kena la bagi masa kan. masa tu kan emas. kira macam tak dapat kemewahan barang mahal2 pun aku dapat masa dengan dia. lagi berharga dari korang yang dapat beg dan hadiah mahal2 dari bf korang kan kan kan....tapi entah malang apa nasib aku, hadiah mahal2 sudah tentu lah tak ada/ masa yang tak perlu di beli tu pun dia tak mampu bagi. aku pun tak paham macamana dengan hidup dia tu...
kadang2 sampai aku fikir lebih baik aku tak ada bf, sama je gaya hidupnya. lagi senang aku rasa. tak payah nak fikir perasaan dia, kita boleh buat apa je kita nak kalau kita tak ada bf, boleh keluar dengan siapa je yang kita nak. hidup pun aman. tak ada rasa sakit hati. aku ni sebenarnya garang, bila ada yang aku tak puas hati aku akan brainwash dia cukup2...memang kaw punya aku bagi tapi kali ni rasa terkilan dan kecik hati aku sampai aku dah tak mampu nak marah dia. apa dia cakap aku boleh senyum je. aku tak mampu nak bercakap dengan dia sebab hati aku dah macam sedih sangat2.
aku jadi macam tawar hati, that's the right word kot. TAWAR HATI...sangat2 tawar hati aku rasa. tak pernah aku rasa macam ni. sampaikan aku jadi macam tak ada perasaan. bila dia cakap nanti kita keluar ke, nanti abang bawa pergi makan tempat mhal ke, aku hanya senyum je sebab aku tau dia mampu dari segi duit untuk belanja aku kat tempat mahal tapi dia tak mampu dari segi masa.
MANUSIA TAK KAN PERNAH CUKUP....
No comments:
Post a Comment