Thursday, October 21, 2010

are you ready?

im 20 years old...kalau zaman dulu dah anak dara tua dah aku ni sebab tak kawen lagi but zaman sekarang...apa adahal weih...muda lagi kot! baru 20 tahun tapi depends la...kalau aku memang aku nak kawen awal. senang, pregnant muda uda ni senang sebab kita kuat lagi, senang nak handle anak la tu la ni la...kalau kawen umur 30tahun, 31 baru dapat anak, umur dah dekat 40 anak baru darjah satu...haih...sempat ke nak tengok anak besar?? memanglah ajal maut di tangan tuhan tapi kalau boleh kawen awal...why not kan!

nak harap kan aku kawen awal? memang tak dapat lah kan...my bf pun sama umur n study lagi..kalau kawen mahu makan pasir aku nanti. but one of my fren nak kawen tahun depan... wow, teruja dengar..tak pe la, sebab bf dia dah kerja so finance agak kukuh la kan. kawan masa zaman aku sekolah pun dah kawen dah, nikah gantung je, belum buat kenduri, okay la tu kan? atleast dapat mengelakkan maksiat... maksiat tak bermaksud having a sex tapi pegang tangan bf n gf pun dah menjurus ke arah maksiat kan.. so kalau boleh elakkan dengan berkawen, why not...kawen je la.

tapi persoalannya sekarang...are you ready?? ready to be a wife, ready to be a mother, to be a chef, to be a maid, to be a place for ur husband having a pleasure and to be anything. kahwin ni bukan senang. ibarat berjudi. kawen bukan semata mata soal umur, even umur dah lanjut pun kalau diri sendiri tak ready lagi untuk kawen tak guna jugak. last last bercerai, anak terbiar. tsk tsk!

membuat keputusan untuk kawen bukan satu perkara yang mudah, ya nampak mudah sebab tengah mabuk bercinta kan. tapi dah bersedia ke dari segi duit, mental dan fizikal?? fizikal mungkin dah bersedia kan. alah macam la aku tak tahu korang korang ni nafsu besar semuanya. hahahah..tak kira yang laki or yang perempuan. hahahahahhahah....finance?? kalau takat cukup cukup makan may advice is a big no for marriage..cari duit dulu then baru kawen. kenapa? hey ko nak ke bila pregnant nanti ko mengidam nak makan benda mahal mahal sikit husband ko tak mampu bagi. helloooooo.....kesian kat anak dalam perut tu okayyyy...

korang mesti akan cakap alah tiap anak ada rezeki masing masing. yes!! memang ada but bukan bermakna once wife ko dah pregnant gedebuk sebijik lori penuh dengan duit terbabas kat rumah korang. no no no...berangan la! nanti bila nak ko dah lahir ko tengok anak orang lain boleh pakai kan anak dia baju n kasut mahal mahal n anak korang pakai kasut bundle, tak pun kasut pasar malam. sedih bhaiiii...trust me. bila dah besar pulak anak korang nak psp macam kawan dia tapi korang mampu bagi brick game je..how come? MONEY IS NOT EVERYTHING BUT EVERYTHINGS NEED MONEY!!!!!

so before kawen tu bukan buku bank, belek belek berapa juta korang ada...kalau juta rupiah tak payah la dek non! hahahhahahah...main point is, ada kerja tetap, ada usaha, rajin, berdisiplin, bertanggungjawab so there u go! kaweennnnnn....next is mental.. hah, part ni memang banyak jadi punca penceraian. mental bukan bermaksud gila. so bila gila kena cerai. no no no...mental maksud aku di sini ialah bersedia kah korang jadi ibu, bapa, suami dan isteri.

duk depan cermin then tenung muka korang. aku dah bersedia ke nak jadi isteri?? pagi pagi bangun buat breakfast untuk husband nak pergi kerja. iron baju n seluar dia, basuh baju n seluar dia. kemas rumah. masak lunch, dinner n persiapan untuk menghadapi dia kat bilik tidur. mana la tau husband korang ganas kan. *bodoh* hahaha...tanya pada diri sendiri sedia kah aku nak jadi ibu, bangun tengah tengah malam salin pampers ana. bagi susu sedang kan husband korang masyuuuukkkkk je tidur. nak buat camana dah laki kaki tidur kan. ahahahah...sedia tak korang nak buat semua kerja rumah, ususkan anak anak 24/7...tiap2 hari tuuuu...kalau kerja lagi haruuuuu...jangan kata nak curl rambut. sikat pun belum tentu sempat.

for boys pulak sedia ke nak jadi husband?? tiap2 bulan gaji korang tu kena bagi kat bini. kena beli barang dapur, kena bayar kereta, letril, air, astro, bil tepon, tenet, minyak kereta n so on. ingat ya walaupun isteri anda kerja duit korang tetap kena bagi. wajib okayyyyy!!!!!!!!! berdosa kalau tak bagi. ready ke korang nak tunaikan permintaan anak korang yang nak tu nak ni. kalau tak bagi nangis tu satu hal tapi tak sedih ke tengok anak orang lain ada psp tapi anak kita tak ada sebab tak mampu?? ready ke nak beli pampers anak korang yang 50 keping rm55.90 tu?? kalau beli yang murah kan merah bontot lak...teeeheeheheh

pikir la sendiri...banyak lagi aku nak cakap tapi ko giler nak taip sume benda?? mati la aku! dah lah kaunseling tak bergaji...hahahah....apa yang aku cakap ni adalah apa yang aku dengar dari sekeliling aku dan apa yang aku tengok sekeliling aku n pengalaman orang lain yang aku tengok (aku tak kawen lagi).

and last but not least, are you ready to face sarcastic and annoying father or mother in law??? tu kalau father n mother in law korang tu berperangai lah kan. tak mo sentuh isu ni...sensitip! hahahahhaah...tapi benda ni banyak jadi punca perceraian. orang ketiga tak semestinya pompuan lain, or jantan lain tapi parents or parents in law pun boleh jadi orang ketiga. so kalau ada mak mak bapak bapak yang baca ni. DO NOT INVOLVE IN OTHER'S PEOPLE MARRIAGE. memang tu anak korang tapi biar dorang settle sendiri. much better kan.

SO TEPUK DADA TANYA SELERA TAPI YANG NI TEPUK WALLET TANYA BILA NAK KAWEN..HUAHUAHUA

SPECIAL FOR ANOI (THIS IS A GIFT FOR U) AHHAHAHA

P/S : KALAU ADA YANG BACA NI THEN TERASA SORRI LA YEK...TAK ADA NIAT. NAK BUAT CAMANA KALAU DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI. SENDIRI MAU INGAT LA KAN.

No comments:

Post a Comment