Saturday, November 27, 2010

KOMEN PEDAS WARTAWAN UTUSAN TERHADAP FILEM 2 ALAM

Alam 'luar biasa'

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH syazwan_zakariah@astro.com.my

BANYAK pertanyaan yang bermain di fikiran saya sesudah menyaksikan 2 Alam. Hampir kesemuanya bermula dengan 'kenapa', baik dari segi jalan cerita dan pengarahan, sampailah kepada tahap keyakinan Dr. Rozmey bahawa filem ini mampu mengutip RM40 juta. Tidakkah dia sendiri menontonnya?

Filem 2 Alam memfokuskan kisah seorang penyanyi terkenal, Amy semasa hidup dan matinya.

Dia sebenarnya seorang lelaki bernama Adam yang mengubah jantina semasa belajar di luar negara.

Kehidupannya digambarkan penuh jahil dan maksiat, manakala apabila mati, jenazahnya berdepan azab tidak diterima bumi.

Seringkas sinopsis tadi, semudah itulah 2 Alam digarap. Bukan niat untuk memperkecil-kecilkan usaha Ed Zarith dan Hairie Othman, tetapi hanya inikah yang mampu dipersembahkan oleh dua orang pengarah?

Seawal pembukaan, momentum filem ini sudah dibunuh. Penonton disogokkan dengan pembentangan slaid ala Microsoft Power Point yang bertanyakan bermacam soalan selama lebih dua minit!

Maaf Dr. Rozmey, kaedah untuk menjual ubat kurus tidak sama dengan cara bercerita di layar perak.

'Zaman kegelapan' Amy ditonjolkan berselang-seli dengan adegan persiapan mengkebumikan mayatnya.

Tidak dinafikan sinematografi untuk babak-babak di kampung dihasilkan dengan dramatik dan teliti, tetapi sayangnya kosong tanpa isi.

Keindahan syot-syot itu tidak dibantu dengan dialog yang kuat. Kalau ada pun, bunyinya sangat klise dan pernah didengar dalam drama televisyen era 1980an.

Sebagai contoh, "Sabarlah, ini takdir Tuhan. Sebagai orang Islam, kita harus terima qada' dan qadar".

Filem 2 Alam membulatkan sesuatu perkara dengan dangkal dan terus menghukum. 'Dunia' kampung digambarkan seputih-putihnya menerusi watak Ustaz, graduan dari Mesir. Dunia kota ditunjukkan sehitam-hitamnya dan penuh noda menerusi watak Amy, lulusan universiti di London.

Saya tidak pasti mengapa pengarah sangat obses kepada lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search.

Kalau lagu tema sekalipun, perlukah ia dimainkan berkali-kali untuk babak imbas semula? Mereka mahu membuat filem atau video muzik?

Tidak salah kalau ingin menjadikan naskhah ini sebuah melodrama, tetapi janganlah malas. Syot yang sama diulang pakai sehingga penonton naik muak.

Bercakap mengenai video muzik, terdapat satu adegan yang membuatkan saya keliru, sama ada mahu ketawa atau menggeleng-gelengkan kepala.

Ketika itu Amy dan kekasihnya, Juan baru berpisah. Kedua-duanya berjalan mengikut alunan irama perlahan sebelum bertembung, kemudian masuk ke dalam kolam renang dan menyelam. Apakah maksud dan kepentingan adegan ini?

Persembahan lakonan sangat menjengkelkan, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan pun jika skripnya sama taraf.

Sebagai contoh, "Aku betul-betul tak sangka kita dapat rogol penyanyi popular!" dan "Memang you takkan jumpa lelaki yang handsome macam I dalam dunia".

Sebagai bintang utama, Suhailah Salam lebih banyak menangis daripada bercakap. Dia juga asyik berpesta dan berpeleseran; tidak kiralah di dalam tab mandi, kereta atau di atas katil.

Mana adegan yang membuktikan dia seorang penyanyi popular? Mana adegan yang menunjukkan dia dulunya seorang lelaki?

Mengapa konflik jiwa Amy/Adam tidak diselam?

Mengapa Amy mengamuk dan mahu bunuh diri bila akhbar mendedahkan dia tukar jantina, walhal apa yang terpampang di muka depan ialah "engakuan Amy: Saya seorang lelaki"?

Jika 2 Alam sekadar mahu memberitahu betapa seksanya jenazah orang berdosa sewaktu dikebumikan, lebih bagus penonton membaca majalah Mastika saja.

Penceritaan filem ini melemaskan, bercitarasa buruk dan dakwahnya tidak kesampaian.

Ada baiknya saya berhenti di sini. Saya tidak mahu disalahkan nanti jika ulasan ini boleh membantutkan impian Dr. Rozmey mencatat jumlah kutipan yang luar biasa.

sumber:utusan


FILEM 2 ALAM DR. ROZMEY TAK SEHEBAT YANG DI WAR-WAR KAN???

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH HI WABARAKATUH!!!

tuu dia..panjang bebenor mukaddimahnya yer yop..
lama tak ngupdate ni.. duk usha usha forum cari tadi...
jeng jeng jeng...

hot storyyy u ols...
kan dr rozmey tu duk pun pang pung pang yang filem dia tu boleh mencecah rm 40 juta..
dia yang cakap..bukan aku cakap...tup tup hasilnya u ols tahu berapa?????

rm230,000 SAHAJA!

kecian dia...tapi tu la..sapa suruh cakap BESAR kan..rm40 juta..agak mustahil nak dapat kan bila mula mula dengar tapi layankan je la..mana tahu dapat kan. sebab kat atas muka bumi Allah ni tak ada yang mustahil..

83 pawagam menayang’kan filem 2 Alam, namun FINAS melaporkan jumlah kutipan sehingga hari ini (24 November) hanya mencapai sekadar RM230 000, jauh terlajak daripada cita-cita asal DDR yang menyasarkan RM40 juta.


Walaupun menerima 1000 macam publisiti daripada akhbar Kosmo & Hmetro, namun publisiti tersebut sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila di’hentaman pelbagai pihak, terutama’nya wartawan yang memberikan review negatif berkenaan filem 2 Alam.
Tergelak kami apabila ada rakan yang berkata, filem 2 Alam sebenarnya berkisarkan music video Ramli Sarip & Amy Search yang berdurasi 86 minit.

Macam mana pula DDR boleh berani bercerita soal kutipan RM2 juta pada hari pertama tayangan? Sedangkan filem Upin Ipin: Pengembaraan Bermula yang hebat pun perlukan 5 hari untuk mencapai RM2 juta. Sudah-sudah’lah DDR, jangan nak bodoh’kan penonton Malaysia, dan kaki google tempatan. Lambat-laun, terbongkar juga taktik DDR yang kami berani cop sebagai tidak jujur, lebih tepat, kaki temberang.


ni petikan dari forum yang aku copy...dorang copy dari paper dengar citer...macam-macam kontroversi yang dah ada before filem ni di tayangkan lagi..yang paling hot ialah poster filem yang di plagiat, di copy atau bahasa manisnya di cetak rompak dari poster filem EXORCISM..hehehe..bukti?? nah!!


nampak ke tak?? malas cakap banya..so tengok sendiri la...
actually kesian jugak bila target dia tak sampai. msti malu kan sebab da cakap pung pang pung pang....yang tak bleh bla..ada sorang friend fb dr rozmey ni komen berapa kutipan 2 alam? u ols tahu apa jadi..si pengkomen punya komen kena delete..yang tak leh bla...siap kena block lagi dari page tu..adoooiii...professional la sikit kannn...


 ni yang aku cilok dari forum..masa baca komen ranger merah tu aku ingatkan dia peminat setia..sekali rupanya nak menghentam..tak baik buat cam tu...nak hentam hemtam lah terus..jangan pura pura puji dulu....tapi ada bagos jugak komen macam ni..baru la lepas ni dr rozmey fikir dulu sebelum buat sesuatu..kita kena ingat..kalau seseorang tu berjaya dengan satu bisnes tu tak semestinya kita pun akan berjaya..rezeki Allah dah tentukan buat setiap insan...mungkin orang tu dah ditakdirkan kaya dengan rezeki yang macam tu n kita akan kaya dengan rezeki yang macam ni....apapun think positive!!

tapi kan dia ni agak nampak macam nak promote diri sendiri pun ada..tengok kat dalam poster tu, gambar dia pun ada..hikhik..padahal dia tak berlakun rasanya.....STEVEN SPIELBERG pun tak letak gambar sendiri dalam filem arahannya...STEPHENIE MEYER pun tak letak muka dia kat poster filen walaupun dia penulis novel filem TWILIGHT tu..tapi apa apa je lah..janji dia puas hati...

BTW, korang dah tengok ke 2 alam ni?? kalau dah tengok bagi tau la yer..heheh...

Monday, November 15, 2010

WISHLIST 2011!!!!!!!

haa...amacam? ada rasa jijik kah? hahhahahaha...yer yer yer...aku tahu belum masuk 2011 lagi..lama lagi tapi kan orang selalu cakap sediakan payung sebelum hujan..ekeke...ada wishlist baru engkau nak kaitkan dengan simpulan bahasa yang bersimpul simpul..eh simpulan bahasa ek? apasal aku rasa macam peribahasa jek...makkk!!!!!!! tolong aku! aku dah confuse mana peribahasa and mana simpulan bahasa!!!!!!! ke sama je wehh???? tulun aku peri tulun aku... *tiba* =.="

1 - DIGITAL CAMERA (i wish sony sebab so far aku pakai laptop sony sangat puas hati. alhamdulillah tak ada masalah setakat ini. almost 3 years tapi belum pernah rosak apa2 lagi..amiiinnnn...nak banding dengan ACER yang pakcik aku beli dah 2x tukar adapter baru..haih!)


dapat yang macam ni pun okay..lagi nipis lagi bagos...any suggestion?? but not dslr ek..tak sanggop aku nak kendong camera berat besar gedabak ituuuu..belum kawen n ada anak lagi! kang mana nak usung anak mana nak usung camera. last2 dua2 aku campak longkang! eh tak tak..camera je campak longkang..


2 - BLACKBERRY (tak kira la bold ke curve ke..janji limited edition and tak ramai yang pakai lagi..heheh)


eh ni limited ke?? macam tak je!! limited itu HARUUSSSS...HARUUUUSSSS!!!!!!! paham??? hihihi..tak dapat pun tak apa..redha jek! =( =(


3 - BASIKAL (hehe..nak buat apa? nak round2 uia mlm2...dari jogging baik aku naik basikal, memantopkan bontot n paha..hehe, nak bajet jadi foreigner seketika dengan mengayuh basikal yang ada lampu kelip2 kat bontot and pakai helmet basikal! tak kan helmet motor kot! hihihi and bukan basikal tua okay!!!!! kang pai tua aku kerjakan sapa2 yg bagi aku basikal tua tu!)


kau bayangkan lah, bayang je lah! banyak songeh pulak..ko bayangkan aku naik basikal ni dalam uia?? amacam?? BMW tu bhaiiii...kau mampu? aku pun tak mampu! tak mampu nak naik! macam kecik jer pelana dia! bukan takut aku tak mampu tapi takut basikal ni yang tak mampu nak bawak bontok gedebab aku...hikhik...kalau basikal dah cecah belas ribu baik aku bawak keluar BMW 5series terus! tapi mana tahu kan tiba tiba aku buang tebiat beli basikal ni khhhaaaannnn....

4 - PURSE LOUIS VUITTON (LV) (haiiyyyaaa...aku nak sangat purse lv insolite tuuuuuuuuuu..........sangatttttttt.....n aku nak original punya okaayyyyyhhh...)


mana yang kau nak?? mana?? mana?? aku nak dua!! boley takkk???? giler tamak...kau ingat satu ni harga dia rm200 je ke! kalau rm200 dua aku beli! sekarang jugakkk!! aku nak yang putih pink tu dan dan hitam hot pink sebelah dia tu..tolong aku tolong aku..mana lebih cantik?? (wah! gaya cakap macam besok je nak g beli) eeeleeehhhhh..mana tahu khhaaannnn...

okay sekian wishlist saya pada saat ini.. (macam ada lagi je) huhuhuhu...buat masa sekarang ni je dulu..hekhek..berjumpa di lain siaran..

KEPADA SEMUA FOLLOWERS KU...
SESIAPA YANG MEMBACA ENTRY NI N ADA BLOG...
YOOUUUU HAAVVVEEEE BBEEENNN TAGGGG!!!!!

DO IT NOW!
=)

Friday, November 12, 2010

sakit itu penghapus dosa

tadi baca satu blog ni...
dia cakap sakit tu penghapus dosa..
so lepas ni bila sakit tak nak merungut dah...
sakit kan penghapus dosa...
nak anggap je semua ni sebab ALLAH sayangkan aku...
nak anggap segala dengkian yang berjaya orang buat kat aku adalah sebab ALLAH tak sayang kamu...(weekkkk!!! ALLAH tak sayang ko!)
sebab segala benda baik atau buruk yang kita nak buat ak akan menjadi tanpa izin ALLAH...
namun dia terlebih mengetahui dan terlebih dalam segala galanya lah...

Thursday, November 11, 2010

thanks a lot

thanks for giving me this..non stop! thanks a lot...
SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA....
amiiiiinnnnnn....
YA ALLAH AKU MOHON KAU MENDENGAR DAN MEMAKBULKAN DOA ORANG YANG TERANIAYA INI...
SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENGETAHUI...

Monday, November 8, 2010

aspirin mask for acne, for your skin.

sapa suka nampak cantik? of course semua nak nampak cantik . yang laki nak nampak handsome yang perempuan nak nampak cantik kan kan kan....so hari ni aku nak ajar korang buat masker yang paling murah dan berkesan...pernah dengar aspirin tak? alah ubat untuk sakit kepala tu. cam panadol la lbh kurang tapi bukan panadol...


1- kenal pasti dulu muka korang. jenis muka tak tahu malu ke muka tembok. hehe...


2- klip kan rambut korang yang kat depan tu supaya tak mengganggu proses mencantik kan muka tembok korang tu ye. lepas tu cuci muka bersih bersih macam ni..


hahhahaha..sekali sekala letak muka hodoh tak mengapa khhaaaannnn...


3- make sure cuci muka bersih bersih tau. tapi jangan scrub muka tu.



4- ni lah rhopenya aspirin itewww...cari kat farmasi, berlambak, macam macam adaaaa...TAPI make sure beli yang uncoated okayyyyy...kalau beli yang coated memang tak menjadi la masker korang.



5- aku gunakan 3 bijik aspirin. dos terpulang, ikut suka mak ngah korang. kalau muka lebar macam bontot periuk guna la lebih sikit..heheheh...tapi 3 pun da cukup.


6- titik kan air atas aspirin tu. biar dia kembang. make sure jangan banyak sangat. sendiri agak la kan.


7- kalau rasa air tak cukup tambah lagi. lepas tu lanyak2 aspirin tu pakai kaki, eh tak jari. kalau nak lagi best letak madu sikit. madu kan elok untuk kulit. aku tak letak sebab tak ada madu kat hostel ni. 'madu' lain bolehla cari kalau nak..hahhah...ramaiiiii....


8- gaul biar jadi macam ni. tekstur aspirin ni kasar, macam butir2 scrub. so jangan risau kalau adunan korang tu tak jadi licin lembut macam adunan kek yer!


9- before letak masker tu. basah muka korang dengan air. jangan basah kan baju sekali macam aku. tak pasal pasal kena tukar baju. haih! -_-'


10- tepek kat muka macam ni ha...area mata tak payah la. kat area jerawat tu kasi focus sikit...heheheh....tunggu sampai 10-15 minit atau sampai kering n rasa gatal gatal. rasa gatal tu perkara biasa terutama kat tempat bermasalah macam tempat jerawat, memang gatal sikit la.

last sekali cuci dengan air, masa cuci tu basahkan tangan korang dulu then urut2 kat muka korang. buat macam skrub pastu baru cuci bersih bersih. tak payah guna cleanser. 

tunggu muka kering. nak lap dengan towel pun boley. tapi aku suka dia kering sendiri. lembut je rasa kulit korang kan kan kan...after that pakai mosturizer yang biasa korang pakai. tak nak pakai pun tak apa. gunakan masker ni seminggu sekali or seminggu 2x. so far aku pakai jerawat senang kering la even baru beberapa kali try pakai. my bf pun guna masker ni. baru sekali. so far jerawat ni cepat kering...try la...mungkin sesuai dengan korang. jimat plak tu. aspirin tu tak sampai pun rm11 for 24tablets..

SELAMAT MENCUBA..

sori gambar tak berapa clear n cun sebab guna web cam. my fon rosak tak boleh amik gambar...huhuhu.. =(

saya sayang teman lelaki saya (awwww!!!)

entry special khas untuk my other half. kalau yang kutuk kutuk cakap jiwang ke hapa ke aku tak kesah sebab ni blog apa. so hak aku la nak jadi jiwang ke apa ke khaannnn....banyak sebab knp saya sayang bf saya... =)

1- dia sangat baik. bukan dengan aku je tapi boleh dikatakan semua orang. but dia hanya baik dengan orang yang tak buat masalah dengan dia. once kau dah buat dia bengang, marah n menyampah dengan dia, trust me! it will be FOREVER! tak kira siapa pun anda once dia cakap AKU SAKIT HATI DENGAN KO...so get ready la untuk terima layanan yang kurang ajar dari dia.

2- dia seorang yang penyabar. sangat penyabar, bila tengok dia kena tindas dengan someone yang tak berhati perut tu kita pulak yang rasa geram n sakit hati. tapi dia relax je. rupa rupanya dalam hati dia lagi dahsyat. dia relax sebab dia sabar, nak bagi second chance kat orang tu supaya dia berubah but at last tak jugak berubah, so now dia jadi tawar hati dengan orang tu. me also! rasa tak adil sebab dia buat my other half macam tu. but it's okay. SEMOGA ALLAH MEMBALAS PERBUATAN ORANG TU WALAU SIAPA PUN DIA. (hanya aku n bf aku je tahu siapa manusia2 itu.)

3- dia tak kedekut. kalau dia ada duit dia tak kan kedekut. tapi dia pandai berjimat. dia tahu camana nak handle duit. aku pulak memang jenis boros. ngam lah kan! hahahhaha.....dia tak pernah berkira bab duit tapi kalau dia berkira dengan korang bab duit tu, itu bermakna dia tak suka korang. =) tak pun korang pun jenis kedekut dengan dia. so do not expect yang my bf akan tolong korang kalau korang pun tak pernah tolong dia. so kalau nak mintak pinjam duit ke apa, ketuk kepala tanya diri sendiri, "PERNAH KE AKU TOLONG DIA MASA DIA TAK ADA DUIT SESEN PUN NAK BELI LIMAU AIS? ADA TAK?" kalau jawapan tak ada so lupakan lah!

4- hati dia cepat tersentuh. dia sensitif. tak semua tahu, hanya yang betul betul rapat je akan tahu. aku pernah tengok dia menangis sebab tak ada duit n dia malu nak mintak aku duit. menagis sebab tak dapat beli air yang harga rm1.20 je..yes! rm1.20 je!!! rasa nak pergi tumbuk je orang yang buat dia macam tu! sejak tu dia cakap kalau dia kaya dengan hasil titik peluh sendiri dia akan tolong student2 or anak yatim yang nak belajar. sebab kami tahu macamana susahnya seorang pelajar. dan dia akan ajar orang yang buat dia susah. aku sentiasa berdoa supaya TUHAN makbulkan doa dia. SAYANG KAMUUU....(bukan saja nak jatuhkan air muka bf saya tapi saya nak kamu tahu if one day dia bukan lagi ali nur faiz yang kamu kenal, it is not my fault but it's yours.)


5- bf saya handsome! bf anda? hehheh...mesti korang cakap handsome kan. sapa lagi nak puji bf kita kalau tak diri sendiri..hehehh..


macamana? handsome tak? ada iras iras jackie chan nak masuk islam tak?? kuakuakua...


ada rupa macam driver malek noor tak (tetiba pulak malek noor khannnnnn) hahhaha..tak kose mak nyah!

6- saya sayang dia sebab dia tinggi so saya boleh pakai kasut, selipar, wedges, heels setinggi mana pun saya suka...hehehehehhe...sebab dia tetap nampak tinggi dari saya. susah tau bagi orang tinggi nak cari bf tinggi sebab semua laki skg kebanyakan kemetot! wakakakak....hanya perempuan tinggi je yg tahu perasaan ku ini..(bajet ko tinggi sangat lah khaaaannnn) hahahhaah...


saya suka peluk dia usap perut buncit dia! hahahah... (statement maut ko nyahhh!!! hahhaah) eleh macam la ko tak pernah peluk bf ko kannnn...


weh!! apsal ko nampak handsome kat sini, aku nampak hodoh! tak adil gilerrrrrrrrrrr!!! haaa...tukan dah cakap tadi. pakai heels tinggi macamana pun dia tetap tinggi. awww...sukaaa!!!

kurus je dia time ni. tapi sekaranggggg....muka dah macam bantal dah aku tengok...hahhaha....bila orang tanya kenapa berisi. boleh pulak dia cakap awek pandai jaga! otak kau, tu dah jawapan macam org kawen....hahhaahha....

bila aku tanya kenapa tembam, kena sound setepek! ko yang asyik suh aku habiskan makanan ko kalau ko tak habis makan tu amende....hahhaha, seketul kena kat dahi aku! hahhaha...actually dia cakap dia senang hati sebab sekarang aku dah kurang marah2 dah.. penyakit aku pun da okay....dia senang hati kalau aku senyum, biar sehari tak makan, sehari tak mandi pun tak apa. biar duit dalam poket 1 sen pun tak ada, asalkan aku happy dia dah senang hati..terharu aku dengar tapiiii.....

helllooooooo....!!!!kalau duit tak ada dalam poket ko so aku nak kena tanggung ko selama lamanya ke?? banyak cantik bontot hang! hahahahaah...


ONLY GOD KNOW HOW MUCH I LOVE YOU...
HE KNOW HOW MUCH U LOVE ME...
& HE KNOW HOW MUCH WE LOVE EACH OTHER....

p/s : kalau ada yang niat nak copy pic ni lepas tu nak perasap guna kemeyan jadah apa la, tak payah la ye....niat nak bagi porak peranda ke apa ke tak payah la...dosa korang tu dah banyak...tambah la pahala u pulak k...semoga ALLAH ampun kan dosa kami dan kamu,,, =)

Friday, November 5, 2010

KERETA KENA PECAH DI TAMAN MELATI

last night pergi la dinner dekat mcD taman melati. aloh yang dokat dongan balai bomba taman melati tu...tak tahu gak? lantak korang la...janji aku tau..kuikuikui...lepas makan-makan ingat nak balik la, lepas tu nak terkencing tidak tahan u ols so pergi la station minyak on the run tu..dekat kondo(kot) belakang mcD tu...masa keluar mcD dengarla bunyi alarm kereta.

cakap kat kawan aku alarm kereta sapa lah ni. kawan ni senget sikit otak dia. dia jawab tak kesah la janji bukan kereta kita. tapi kitorang ingatkan kereta owner yang parking dalam kawasan perumahan bomba tu ke apa. masa lalu depan sekolah menengah taman melati tengok-tengok proton saga tu punya alarm. bonet terbukak. ingatkan tak tutup rapat ke apa. rupanya tingkap sebelah driver dah kena pecah.

kitorang dengan penuh rasa tanggungjawab pun stop tepi jalan call police. punyalah lama polis tu nak sampai. kalau ada orang yang cedera ni da mati lama dah ni. tapi redha je la tunggu. sampai hilang rasa nak kencing bagai. tapi kan alarm proton saga yang baru ni mak aihhh mmg kuat siot. kalah honda ke anaconda ke condo ke apa2 je la...sampai naik berdesing telinga kami. kesian kami!

selama tunggu tu satu kereta pun tak stop tanya kereta kami ke. kenapa ni? da call polis ke. senang cerita tak ada satu pun yang datang nak tolong. bukan nak kata kami ni baik sangat sebab kami tolong tapi ingatlah hidup ni macam roda. ada atas ada bawah. bukan kereta kita yang kena kita tak rasa la. kalau kita yang kena???? nanti kita tak tolong orang sok sok kereta kita kena pape tak ada orang tolong apa rasa?

TAK KENA BATANG HIDUNG SENDIRI TAK RASA...MINTAK SIMPANG LAH KAN...