Friday, August 26, 2011

eh dah nak rayaaaa...

semekom cik kiahhh...
hehehheheheh...
jarang betul aku update blog...
asal update je duk caci maki orang...
bukan caci maki tapi luahkan benda yang tak puas hati...
kat mana lagi nak cakap...
kat blog lah kan...
blog kan ala2 diary...
tapi kata dah moden...haruslah menggunakan internet...
tak main lah tulis2 kat kertassss...
raya dah dekat...
tak de feeling nak raya pun...
biasa2 je...
mayb sebab dah besar kan...


sempena raya ni aku nak mohon maaf kepada semua
pembaca blog aku kalau ada yang terkasar bahasa
dan kalau ada isi blog aku yang mengguris hati korang...
tapi kalau aku tak tulis pasal korang then korang terasa tu tak dapek den nak nolong lah...
dah korang nak terasa aku nak buat apa lagi...
lantak kau lah jahhh...
but aku still nak mintak maaf...
raya..haruslah mintak maaf noks...
hehhehehe
lagi pun aku tengok semua blog dah tak berupdate dah...
last update pasal raya wishes jek..
so aku pun nak wat camtu lah...hahhaah
hiatus for a few days lah...
nak beraya kheeennn...


so ni last update ye before raya...
kang lepas raya kang aku update lagi...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...


p/s : tak nak mintak maaf dengan stalker boleh? hahahah...

Wednesday, August 24, 2011

kau tak malu dah berbulu tapi mintak duit mak bapak...=.='

dalam perut mak bela, kecik-kecik mak bela, dah besar mak bela, 
dah kawen mak bela, ada anak mak bela...
bila pulak kita nak bela mak???
ni lah manusia...
kecik-kecik mak bela...dah besar tau bela bini n laki je...
dah kau bela bini, laki kau...
mintak duit kat bini n laki lah...apahal kat mak kau...


sangat kesal dengan sesetengah manusia...
dah kerja tapi masih harapkan duit mak bapak...
kalau tau gaji tu tak cukup pandai2 lah jimat...
pandai2 lah hidup sederhana...
ni nak mewahhhh je...
kau bukan gaji 10k sebulan...
nak beli tu nak beli ni...
kezen aku kerja gaji..almost 4k per month
hubby dia almost 5k...
buat bisnes kecik2 dapat lah dalam 2k sebulan...
ponnnnn pakai myvi je...
2tahun kawen baru beli rumah...
hidup sempoiii je...janji tak susahkan orang...
ni gaji ciput...
nak pakai barang mahal jek...
last2 susahkan orang...


macam ada sorang makcik ni...
anak dia dah kerja tapi selalu mintak duit mak bpk...
menantu makcik ni pun sama naik...
tak pernah halang bila laki mintak duit ngn mak bapak...
buat muka sadin 15sen dia tu la...
kalau aku lah...
aku maki hamun laki aku...
gila apa...
kau muda gagah perkasa lagi mau mintak duit kat mak bapak...
kalau pun mak bapak tu kaya...
tu duit dorang...
hak dorang bukan hak korang....
choi sangat...


makcik tu pernah cakap kat aku...
(aku ni dah ala tempah luahkan masalah dah)
yang dia besarkan anak dia bukan nak dibalas jasanya dengan duit...
cukuplah anak2 dia boleh berdikari dan tak susahkan dia...
aku yang dengar pulak naik segan...
member aku pulak...
gaji kecik je...
dak kawen ada anak bagai lah...
laki dia kerja biasa2 je...
tapi dengan gaji tu lah dia bagi makan anak bini...
gaji tu lah dia bg duit lat mak kat kg walau sikit...
gaji tu lah buat byr itu ini...
tapi cukup je...
pasal apa???
pasal org yang selalu tak cukup gaji ni berbelanja tak ukur baju dibadan sendiri...


aku tau sape tak nak mewah kan...
tapi agak2 lah...
aku yg umur 21 pun dah boleh pikir...
kau yang lagi tua tak kan tak boleh pikir...
sejak aku masuk uni...
boleh kira dengan jari berapa kali aku mintak duit dengan mak aku...2x kot..
dengan bapak aku lagilah aku tak mintak...
langsung tak mintak...
mak aku susah..sebab tu aku tak mintak
bapak aku senang...aku still tak mintak..hehe
(dorang dah divorce)
aku belajar kat uni guna duit ptptn tau...
bapak aku lebih dari mampu tapi aku tak mintak...
tapi tiap bulan dia akan bank in lah certain amount dalam akaun aku...
tak pernah miss...heheh
berapa???
mana boleh gitauuuu...
hehhehehe....
actually duit ptptn tu sahaja dah lebih dari cukup tuk buat belanja kat uni...
bayar yuran..makan minum n so on...
CUKUP kalau korang betul2 guna untuk belajar...
yang tak cukup tu tak sedar diri namanya...
(aku salah sorang...hahah)


dear readers,
hari ni kalau kita tak start berdikari bila lagi...
our parents bukan akan hidup sampai bila2...
once korang dah kerja...
plezlahhh...
ringankan beban dorang...
banggakan dorang..
bukan susahkan dorang...
if i were a boyyyy...ewah kluar lagu beyoncett pulak...
kalau aku ni seorang mak atau ayah..
ternyata aku sedih, kesal,
malu dengan anak yang dah kawen tak reti2 nak uruskan hidup sendiri...
malu lah dengan diri sendiri...
if u want something...
go n get it by urself lah..
not by asking ur mum or dad to buy it...
kau bukan budak kecik lagi...


mungkin kau tak tahu so aku nak bagi tahu...
kat belakang ur siblings are talking about u k...
even ur mum pun bersungut,,,
tak malu ke??
aku harap kau baca ni...
pada sape2 je lah yang baca..kalau korang ni macam specis yang aku cakap ni...
hentikanlah...
banggakanlah mak bapak korang k...
ni dah berbulu pun mintak duit mak bapak...
eh..
ewahh..
cam good-good je aku bagi advice..
hahahha...
aku bukan apa...
saje berlagak ustazah...
btw aku cakap ni bukan ada niat dengki ke iri hati ke apa2 jelah...
aku tak dengki pon dengan kau..buat apa aku nak dengki...
aku ada apa yg kau tak de...
aku dapat apa yang aku nak...
DENGAN BERMARUAH 
hokehhh...




Monday, August 22, 2011

aku nih bakal menantu kesayangan la derrr..hakhaktuihhh

baca tajuk entry berasapppp je bakal2 biras gua..hahhaha
lex lah derr..gurau dibulan molia gituh...
hikhik...
raya dah dekat woihhh...
sekali pongggg tak g terawih...
tapi tak pe...
bak kata malik noor jaga yang wajibbbb dulu...
ni duk kejar sunat wajib tertunggeng...
(malek noor cakapp..bukan aku)


now aku busy buat kuih raya...
bf aku pon same naikkkk...
nak membusykan diri buat kuih raya jugak.....
nak balas dendam aku tak layan dia lah tu...
macamana nak layan....
aku duk uli tepung...
albino lah blackberry gua bersalut tepung kalau gua main sms derr..
aku nih obses buat kuih raya wa cakap lu...
kau suruh aku goreng ikan????
waaa failed bhai failed!!!
goreng telo mata pong wa failed bhai failed...
(nasib baik bakal mak mertua specis tak baca blog..kalau tak REJEKKKKKKKK)


TETAPI!!
wa passsss sesangat buat biskut raya...
resepi tenet je derr tapi mabelesss...
kalau aku nih dah kawen nescaya musim2 raya nih wa lah menantu kesayangan....
(musim raya je ler..hihi)
weh aku tak tido malam pong tak de hal tau buat kuih raya punye pasal...
tapi kalau suruh aku goreng ayam...
goreng ikan wa surrender...
tak jadi menantu kesayangan pong tak pe tapi jangan suruh aku masak benda macam tu...
suruh buat kek 44 bijik tak pe..wa rela dalam suke..hihi


nanti kalau dah grad tak dapat kerja aku nak masuk klas bakery lah...
bf aku dah sound..
kau kalau kawen bawak2 lah buat bisnes...
jangan jadi pemalas macam orang lain mkn tido makan tido
tapi nak mewah...
derr..tak yah pesan pong wa tau...
wa tau derr..
wa tau...
wa akan mewahkan dii wa berbelanja guna duit lu...
duit bisnes wa wa simpan lah buat beli hadiah besday lu tetiap taon..
lu dahlah demand..tak nak hadiah cikai..
tau lah lu bagi hadiah-hadiah-hadiah gempak jer kat wa..
mengungking btol lah...
apehal dah jadi entry luahan perasaan dah ni...hahaha

dah lah wa nak g gentel kuih...


p/s : kesian bakal mak mertua wa buat kuih sensorang....pinanglah wa cepat2...tetiap taon rilex je..wa yang gentel kuih..huahuahuahua

p/s/s : wa lu wa lu..dah macam minah rempit terencat...
maaf semua...

semekom...


utk bf aku : KAU BILA NAK MASUK PINANG AKU? BAIK CEPAT SEBELOM AKU PINANG KAUUU!!! 

Friday, August 19, 2011

SALAM AKHIRAT - BACALAH SAMPAI AKHIR, PASTI AKAN ADA SESUATU UNTUK KORANG SEMUA


 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber daripada : Amar Sufi

Thursday, August 18, 2011

rupa buruk pon sodap weh : resepi moist coklat cake

jangan kau ejek rupe kek aku...walau rupa macam jalil hamid..
rasa macam jasmin hamid taw!!!
apahal anak pak hamid dapat nama nehhh!!!!
malas lah nak burak banyak2...
bulan pose ni kena kurangkan borak takot dahaga..kering ayaq liuq..


haaa..ni rupe lepas bako..eh kukus...


kek ni sesuai makan untuk sefamily..kalau nak jual kene practice banyak2 bagi cantik bentuknya


ni cooking coklat..harus double boiling ye...


lepas coklat dah cair haruslah spread atas kek yer...
coklat ni tak jadik shiny sangat lepas tu macam licin tau...
sebab apa sebab aku letak marjerin..
patutnya letak butter tapi aku bedalm letak marjerin sebab butter tak ada..
so now aku tau majerin tak boleh guna dalam coklat yang nak buat hiasan ni...butter tak pe tau..
lepas tu letak shortening...
nanti jadi cun coklat korang



lepas tu campak coklat rice...
CAMPAK tau..jangan tabur...
wakakak


tara!!! ala campak coklat rice pun bila makan bergaul dalam perit gak..hahah


boleh lah buat makan...
btw..kek sangat smooth..sedappp...
tekstur memang cantik...
kiranya menkjadi lah...
tak manis sangat tak pahit sangat...
ngam2....

nak resepi??

nah..

BAHAN A

1 cawan gula pasir.
1 cawan serbuk koko.
1 cawan susu cair.
1 cawan susu pekat.
1 cawan minyak masak.
(susu pekat n gula aku buh tak sampai secawan..lbih kurang 3/4 je..tapi kalau tak nak letak topping guna secawan lah)

*semua bahan di atas di gaul dan panaskan atas api perlahan....kacau2 sampai sebati tau...lepastu matukan api.

BAHAN B

tepung gandum 3/4 cawan.
1 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil soda bikarbonat.
(ayak bersama tau)

BAHAN C

4 biji telur
(aku blender..malas nak pukul..)


CARA-CARA : 

1 - masukkan bahan B dan C kedalam bahan A secara selang seli sambil digaul...
2 - gaul rata, sambil tu panaskan alat pengukus..
3 - ambik loyang lepas tu sapukan dengan minyak masak kemudian tuang adunan dalam loyang.
4 - tutup loyang dengan aluminium foil takut air kukus meniti dalam adunan..tak letak pun tak pe..
5 - kemudian masukkan dalam alat pengukus dan kukus selama 45 minit. lepas tu bukak dan cucuk dengan lidi..kalau lidi tak melekat tandanya dah masak.

BAHAN UNTUK TOPPING 

coklat masakan 
susu cair (kalau fresh milk lagi bagus) stengah cawan
butter 1 sudu besar
shortening 1 sudu besar
(topping ni korang boleh buat ikut suka nak letak banyak mana susu n coklat sekalipun, aku main campak je..)

* double boiling tau

dah cair tu tunggu apa lagi tuang lah atas kek lepas tu hias ikut suke...


SELAMAT MENONTON..
EH SILAP...
SELAMAT MENCUBA



  

hoi kau ingat kau je reti buat kuih..aku pun reti la derrr...

derr..dah nak raye derrr...pehh..aku cakap macam lagi 2 hari je nak raya kan..
taon ni tak beli biskut raya...taon ni buat biskut raya...
haha..siapa nak buat? dah sah2 la aku...mak aku busy je manjang...
apa yang busy aku pun tak tahu....
taon ni nak buat biskut senang jer...
kau giler aku nak buat biskut semperit bagai..
boleh sembelit aku tau...
eh! macam geli lah pulak cakap pasal ta*k dalam entry makan ni...
saiko2...

kuih apa aku nak buat? 
haaa..tu kena tunggu buat dulu baru tau...
so sebelum raya aku try buat kek dulu..
kang dekat nak raya buat2 tak jadi pulak...masak aku derr...
so aku try lah dulu buat kek coklat...
dulu pernah buat kek ciklat sekali...
tapi yang bakar punya...
sodapppp wa cakap lu....
kali ni nak buat moist coklat kek pulak...heheheh
kek ni kena kukus...
bukan bakar....


tapi sebelom aku tunjuk hasil kek aku yang tak berapa nak rupe kek...
mej kite golak2 dulu meh...
kang 2,3 jam lagi meh lagi belog aku ye...



Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling lembap= Kuih Siput
Kuih 1 Malaysia= Kuih Telinga Keling
Kuih makanan dewa - Apam dewa
Kuih angkasa lepas - Kuih Bulan
kuih paling bahaya = kuih bom
kuih paling femes = kueyteow
kueh mat saleh = puding caramel
Kuih byk semut = sarang semut
Kuih kpop = kuih popia



p/s : buat gelak2 di malam bute..eh yeke malam...
tq mr porum...
ada lagi kuih yang korang senarai?
meh arrr..meh...

Tuesday, August 16, 2011

bukan haiwan je natang..manusia pun natang gak kadang2

ohooiiii....
pe kabar follower ku yang sejemput?? 
makan apa bebuke tadi?
haa??
jemput2?
baguslah tu...
jangan rambut tinggal sejemput sudah..hehhe
bosanggg weh...
fb pun dah bosan sekarang nih...
tak syiok langsung...
apa nak cakap ek??
cakap pasal aku je lah kan...
dah kata belog aku...
kalau cakap pasal kau kang jadi belog engkau pulak..
hehhehe....
ni ha nak cakap...korang jangan ingat binatang tu je natang weh...
manusia sekarang nih pun berubut nak dapat title natang dah sekarang ni...
natang betol...
bulan2 puasa ni dugaan betul kan...
asek nak marahhh je...
bulan2 puasa banyak pulak natang manusia bagi aku marah...
hehhehe...
time tak pose tak ramai pulak...
natang betolll..
bape banyak natang daaa...
aku nak cakap 1 benda simple je kat sini...
aku bukan jenis hari ni bergadoh esok aku boleh bangun tido msg dengan orang tu macam tak ada apa berlaku...
no..no..no..
aku bukan macam tu...
bila aku marahkan orang...
aku akan amik satu tempoh masa untuk pulihkan jiwa aku...
untuk repair balik hati aku yang terluka...
pehh puitis syiall..
hahhahakhakahaktuih...
ni benda betul okeh...
aku kalau marah orang tak leh simpan dowh...
mesti terpancar jugak lah sedas kat muka..
hehhe...
tambah2 kalau baru lagi...
kalau dah lama aku macam okay sikit lah...
leh cover bagi tak nampak kat muka yang aku tak suke...
tapi kat hati memang aku bengkek nak mampos lah...
malas nak nak cakap...
bila cakap jadi sakit hati..
so tak mo cakap dah...
hehhe..

bye

Monday, August 8, 2011

raya oh raya

kita puasa dah nak dekat 10 hari dah....
tak lama lagi raya....
lepas raya naik semester baru...
tak sabarnya....
cuti lama sangat dowh sampai aku naik meluat duk kat umah...
baru raya tahun ni 2 pasang kurung moden...
1 long dress dorothy perkins...
1 kemeja miss selfridge...
1 pasang flat vincci
1 pasang heel vinnci
1 pasang jeans zara
1 pasang kasut getah bata (sumpah comfy giler!!!) nak beli kaler biru n hitam pulak...
boleh bawak g kelas...
tudung je tak beli lagi...
barang nampak tak banyak tapi duit habisnya banyak...
barang2 mahal weh sekarang ni....
nasib baik la aku ada kad diskaun topman,topshop,
dorothy n miss selfridge...
kalau tak.....


walaupun 15% je less tetap terasa hokeh...
contoh long dress dorothy tu harga rm226 kalau tak salah...
dapat 15% diskaun kurang sikit beban...
tu pun tak semua benda yang aku nak dapat beli
sebab bajet dah suntukkk sangat..heheheh
satu benda tak dapat beli lagi..
blazer hitam nak pakai dengan long dress tu..
so terpaksa la pakai dengan cardigan hitam dulu...
tapi barang memang terasa lah mahalnya...
tak tahu lah sebab aku beli b4 puasa ke apa...
aku tak suka beli time dekat nak raya sebab..
nanti semua baju tinggal yang saiz gajah...
size baby je...
yang design elok semua dah habis orang beli...


bf aku pun beraya sakan dia time ni...
baju 12 helai...
gilos apo...
kalah perempuan...
alah dia bajet besar raya ni...
aku bajet ciput so tu je lah dapat beli...
tapi okaylah sebab semua baju yang dia beli tu berkualiti lah...
korang kalau nak raya beli la baju yang berkualiti..
biar mahal sikit janji boleh pakai lama...
macam cardigan topshop aku yang kaler hitam...
3 tahun dah aku beli and pakai...
langsung tak nampak buruk...
berbaloi lah aku habiskan duit..
rm189 kalau tak salah aku harga dia...
berbaloi...

aku ada beli cardigan online..
murah la...
rm50 kot..ke tak sampai ntah..
2,3 kali basuh dah berbulu dah...
macam bertahun pakai...
tapi aku still beli online gak kadang2..
heheheh...
b4 aku merapu nak beli 
polo t ralph lauren...
dah masuk tengok..
selai rm610...
kalau beli tu alamatnya baju raya 4 helai je la mampu beli...
terus bajet kiok..hahahah


bila tengok orang susah nak beli baju raya selai pun tak dapat...
terasa jugak dalam hati....
rasa berat je bila nak keluar duit beli baju mahal sikit...
tapi nak buat camana...
just boleh berdoa supaya nasib orang yang tak berapa baik...
di tolong Allah...
kita nak tolong lebih2 pun..
spentot pun mak bapak kasi duit g beli...
cakap pasal spentot ni...
bra pun mahal woi sekarang...
hari tu aku beli 3 helai rm150 kat la senza..
dulu 3 helai rm125 je...!!!!
motip cakap pasal bra pehal plakk!!!

btw...
raya makin lama makin biasa je aku rasa...
hari raya 1st je rasa raya lepas tu terus masing2 pakai t-shirt n short berkubang depan tv..
tengok rancangan raya sambil melahap biskut raya
sehingga ke habuk yang terakhir..
hehehhe...
kita yang belum ada anak pun rasa kesempitan duit..
macamanalah orang yang dah kawen ada anak, ramai pulak tu...
gaji pulak ciput...
tak dapat aku bayangkan...
patutnya lah kan setiap university bagi duit raya kat student tau...
bagi lah rm500 ke sorang...
alah tak banyak punnnnn...
tambah2 uia..
uia ko kan kaya..
bagi lah kami duit raya....

kenapa aku cakap uia kaya???
masa aku mula2 reg uia gombak from matric uia...
pakcik aku cerita lah..pakcik aku ni kerja dengan universiti gak tapi bukan uia...
pak cik aku cakap dulu kalau meeting..
kuih 7,8 jenis di sediakan...
air 2,3 jenis..
kalau ada event contoh macam sukan..
baju sukan dorang akan tempah lebih...
kalau peserta 100 dorang tempah la 150 ke 125 ke...
now kalau peserta 100 dorang tempah 105 or 100 je..
kuih kalau meeting pun 2 jenis je sekarang...
tapi uia baru tukar set furniture hostel kauuu...
baru semua hokeh....
tilam, katil, wardrobe, meja study, whiteboard...
bau kedai wa cakap lu masa masuk bilik...
batch kitorang la yang rasmi barang baru tu...


so uia bagi la kami duit raya...
hahahahah...
kuih raya tak buat lagi..
ingat nak buat kek coklat
kek batik
biskut cornflakes madu
lepas tu biskut apa2 je lah yang best...
okay tu je lah nak membebel...
sampai ketemu ya...

daaa...


p/s : handbag tak beli lagi nak ganti handbag yang hilang...tudung tak beli lagi....tapi rasa macam nak beli ipad lepas tu ada jugak rasa nak beli camera....napsu napsu..nyah kau dari minda aku!!!!

Saturday, August 6, 2011

NOVEL REVIEW : bini aku tomboy ke? , syurga di wajahmu, doktor cinta, m.a.i.d..

okeh da lama sangat tak update...
nak wat camanooo...
berukbengong kene cut the connection..kikiki
last month aku banyak gak lah berabis membeli belah online....
mangsa tukang membayor sapo laie...
mr.boyfrenggg ler....
aku ni jarang keluar kalau cuti lepas tu tak buat cimb click n maybank2u..
sebab risau kang beli2..transfer2 duit...
tup tup hujung bulan kering kontang akaun aku...
hihihi...
da kata hujung bulan..
haruslah kering..ye dakkk...

aku ada beli novel online dengan kaki novel...
pestaim beli...
hampehhhhhh....
17hb aku order n bayar...
dekat bulan pose baru aku dapat...
aku order novel bini aku tomboy ke?
dengan novel doktor cinta...
2 buah lagi aku beli kat kedai buku...
novel m.a.i.d dengan
syurga diwajahmu..
meh aku review satu2...

DOKTOR CINTA


novel ni harga rm 26 (semenanjung)
best jugak dan tebal..alah apa ada hal..
kalau aku nak sehari je boleh habis novel setebal ni...
tapi sebab banyak ganguan litar pintasan depan mata...
terpaksa amik masa 2 hari nak habiskan...
citer dia best..boleh tahan...
kisah pasal mazliana yang kena jadi tunang olok2 tengku iskandar...
aku memang suka lah hero nama tengku2 ni...muahahah...
mazliana ni macam kasar...
ala2 tomboy tapi still rambut panjang...
mulut memang men cakap lepas je...
si tengku nasi kandar ni berlagak...
dikategorikan sebagai hensem..
perhhhh...suke hat korang la nak bayangkan hensem tu rupa sape...
worth buy la...
korang akan turut sama tersengih tergelak la baca novel ni...
aku siap nangis lagi baca novel ni sebab ada part sedih tu...
sob sob sob....
boleh beli la....berbaloiii..

M.A.I.D


novel ni pun sama dengan novel dr cinta..rm 26 kalau tak salah..kalau salah ampooonnn...
ni memang superbbbbbb...sumpah best dowh...
must buyyy!!!!!
aku berani jamin best lah....
cerita pasa si noorul ni dah lama menganggur...
nak tak nak dia pun jadi lah maid aka orang gaji kat penthouse mewah ni....
sekali owner penthouse ni hensem tapi sombong...
mula2 si owner tak pernah tengok pun sape maid dia ni...
si noorul ni tak nak tunjuk muka dia sebab...
sebab,,,
nak tau sebab apa pergi la beli sendiri...
tak rugi.....
percayalahhhhhhhh....

BINI AKU TOMBOY KE?


novel ni aku tak ingat harga berapa...rm19 kot..tak tebal sangat...stendert je...
aku selalu tengok novel ni best seller kat mph..
tp hati tak pernah terdetik nak beli...
tapi masa beli online tu boleh pulak aku p beli...
dannnnnn...
tak berbaloiiii....
tak best sangat cerita dia..
mungkin pada orang lain best tapi pada aku tak...
tajuk tak kena dengan cerita...
tajuk bini aku tomboy ke?
tapi dari awal cerita dah tunjuk yang si perempuan tu tomboy...
si hero pun tau bininya tomboy...
tapi aku still pelik kenapa title dia macam tu...
siap cakap kat depan cover lagi..
"lepas akad nikah aku tertanya sorang diri..bini aku ni tomboy ke?" (lbh kurang la)
aku macam apa kejadah nya ni...dah terang lagi bersuluh jalan cerita
menunjukkan perempuan tu tomboy..dua2 hero tau perempuan tu tomboy...
sekali tajuk macam tu..
tak best 
ada moral value....baca la sendiri....tapi pada aku tak worth buy...
tapi aku still mampu baca sampai habis...ada gak skip2 tapi tak banyak..

SYURGA DIWAJAHMU.

novel ni baru keluar...harga lupa lah...
aku beli sebab aku baca sinopsis sangat2 attractive tau...
pasal sorang perempuan ni jadi nurse peribadi pada sorang mak engku ni...
mak engku ni ada cucu laki playboy..
hensem tu pastii...
si laki ni rogol c nurse peribadi nenek dia ni...
tapi mak bapak laki tu dapat tau..
so di paksa kawen...
aku ni cepat tertarik dengan citer kawen kontrak...
kawen paksa ni..
peberet tau..
so dengan lajunya aku beli...
bila balik baca...
adoiiii...
jalan cerita tu cantik tapi penulis tak pandai nak buat pembaca bersatu dalam watak2 dalam novel tu..
camana nak cakap ntah...
dia macam ko tak rasa watak tu bila ko baca...
kalau novel yang best ko rasa ko part of it kan...
bila sedih ko akan rasa nak nangis sama..
tapi bila aku baca novel ni aku macam tak rasa apa...
cerita bini aku tomboy ke? much better than this....walaupun bini aku tomboy ke tak best pada aku..
tapi bila baca ko still boleh rasa watak2 tu..
tapi ni tak...tajuk memang ada kena mengena dengan cerita...
tapi novel ni macam tak ada jiwa tau...
so...
tal berbaloi beli....

sekian...

p/s : segala review adalah dari pandangan aku...dan setiap pandangan manusia itu berbeza ye...harap maklum...

(tq incik gugel atas gambar tersebottttt)