Wednesday, December 1, 2010

aku juga punya hati

tajuk entry cam nak touching jerr...hahahah..memang! hari ni aku nak cerita ketidakpuasan aku selama beberapa hari nih..heheh..

sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula suami isteri..betul tak? tapi jangan salah sangka. itu tak bermakna aku ni dah kawen ataupun nak kawen..heheh...just nak story apa yang aku rasa dan fikir. bagi yang tak suka, tak setuju dan tak nak baca..u may leave...tiada paksaan...

dalam bercinta standard lah kan kalau bergaduh berperang bergusti ni kan...kalau tak bergaduh tak lah rasa nikmat perhubungan tu kan..tapi in a relationship ni kita perlu ada give and take...bukan nak cakap aku bagus sangat tapi ni just opinion aku..sapa tak setuju u may leave as i told u before this.. 

contoh hari tu aku gaduh dengan my bf. bukan aku yang start dulu. alih alih nak maki aku..tau la before this kita selalu saling maki memaki..but come on, aku dah lama tak maki kau so jangan nak buatkan aku maki kau...kalau aku dah start maki kau, sampai ke blog n fb aku maki nanti....hahaha

alasan dia maki aku sebab dia sakit kepala. nonsense la beb...hahahah..aku layankan je lah. dah dia nak start perang makian..oden no hal..nak tak nak aku maki lah balik..hahha....NOKTAH DISITU

tapi yang aku nak cerita sekarang adalah aku juga punya hati..jangan fikir kau sorang je ada hati...
semalam berani sungguh seekor manusia tu sms aku cakap dia dah lama tahan dalam hati dengan perangai, kata-kata aku n whatsoever lah...

aku cakap balik kat dia. sebanyak mana yang ko simpan dalam hati tak sebanyak mana yang aku simpan dalam hati aku pasal kau...that's the truth. aku admit aku pernah sakitkan hati dia but please la, we're only human. nobody perfect...kan?? setidaknya apa yang kau simpan dalam hati kau hanya apa yang aku cakap tapi apa yang aku simpan dalam hati aku tentang apa seluruh keturunan kau cakap kat aku..sori sangat kalau aku benci dorang...dan bersyukurlah sebab aku tak benci kau..lagi...

ingatlah..kau pun bukan sapa sapa pun pada mata aku. setakat hutang keliling pinggang tak perlu nak lagak vvip dengan aku...dan satu lagi yang aku nak pesan, mata kau mungkin cepat kabur dengan sedikit kebaikan yang mereka taburkan tapi sampai akhirat pun aku tak lupakan apa yang mereka pernah buat. walau sebesar zarah...

apa yang mereka bagi tak setimpal dengan sakit hati yang aku rasa. walau luka tu dah sembuh parutnya tetap ada dan ia boleh berdarah kembali pada bila bila masa...kau mungkin lupa kepedihan dan keperitan yang kita sama sama rasai dulu tapi aku tak kan pernah lupa..TAK KAN!

YA..INI SATU DENDAM....memang betul tak elok simpan dendam tapi aku hanya manusia biasa....
walau seribu tahun pun aku tak kan pernah lupa..tak kan...dan maaf sekali lagi sebab aku tak boleh menerima mereka..not now, not tomorrow nor forever!!


No comments:

Post a Comment