Tuesday, December 28, 2010

macam kau sorang je student

penat weh jadi student...banyak assignment, class jauh...kena jalan sampai berpeluh peluh celah ketiak dak celah kangkang..bahahha....sem ni sem baik...setiap hari belajar pasal ilmu agama je...pasal quran, revelation, islamic aqidah, ethics....tapi bestttt!!!!! sebab semua lecturer best kecuali kelas islamic ethics. giler kaw aku dapat lecturer saiko...dr hapekejadah ntah nama dia....

sakit hati aku, bila dia tanya apa-apa aku jawab la...sebab dia nak kita respon. dia cakap this is not a class of memorization but understanding. apa apa jelah but dia suka main argue2...ayoooo......bila aku dah jawab, dia akan tanya lagi, lagi lagi lagi lagi dan lagi sampai kau ternganga dah lost point...bahahha...mengong doh aku kat class tu. dah lah class tu ramai yang pasif. so once kau dah start jawab soalan dia. the next question dia akan focus kat kau je la...

sabar je la aku....

korang pulak macamane??

Friday, December 24, 2010

pizza hut mid valley yang menyakitkan hati

MEMANG SAKIT BETUL HATI AKU DENGAN PIZZA HUT KAT MID VALLEY NI...HARI TU AKU PERGI DENGAN MY BF N DIA BAGI TABLE FOR COUPLE..OKAY LA, MEMANG PATUT PUN SEBAB KITORANG BERDUA JE, TAPI MEMANDANGKAN ADA  DUA LAGI TABLE UNTUK 4 ORANG AKU PUN REQUEST LAH NAK DUDUK MEJA TU SEBAB MEJA FOR COUPLE TU SEMPIT. KALAU KAU ORDER PIZA SIZE TAPAK TANGAN BOLEH LAH. NI WE ALL NAK ORDER LARGE PIZZA, SPAGETI, CHICKEN WING. TU TAK TERMASUK AIR LAGI. MUSHROOM SOUP LAGI. DIA TAK BAGI PLUS CAKAP PUN KURANG AJAR. MEMANG MAKAN MAKIAN LA..KAU TU PUN MAKAN GAJI JE. HORMAT LA SKET SESAMA MANUSIA...
JANGAN INGAT KAMI BERDUA JE SO ORDER PUN SIKIT. DIA BELUM TAHU KALAU BF AKU MAKAN PIZZA LARGE TU DIA SORANG JE...KALAU TAK BAGI DUDUK MEJA BESAR TU PUN CAKAP LA ELOK2 NI PANDANG MUKA PUN TAK....KALAU AKU DUK MEJA COUPLE TU SAH2 DAN CONFIRM PIZZA TU AKU KENA LETAK ATAS LANTAI...CONSIDER LA SIKIT...ORANG DAH CAKAP KAN NAK ORDER BANYAK...BANGANG BETOL...TERUS AKU BLAH..MEMANG PANTANG AKU KALAU AKU DAH DUDUK NAK MAKAN ADA YANG MENYEKAT. MEMANG CEPAT JE AR DARAH NAIK KEPALA...NAK JE AKU CEPUK MUKA BETINA TU..BARU KERJA WAITRESS DAH BERLAGAK...PATUTLA TUHAN TAK BAGI KO KERJA LAGI ELOK...MINTAK DI JAUHKAN PERANGAI SEBEGITU TERHADAP KETURUNANKU...AMINNN....

Friday, December 3, 2010

ETUDE HOUSE : precious mineral makeup essence review

hai...its been a long time since i promised you guys that i want to make a review about some of etude house products.
so, after a few weeks of using it...i think this is worth to buy...but remember, this is not an advertisement...i bought this with my own money...
and also remember that, it is suit my skin and i don't know whether it is will suit your skin or not...because different people has different skin types...


cute huh! it comes in a bottle with a pump...so it is hygenic...if you are wondering what is this? how to used it and do you need it or not? or whatsoever...let me tell you...
this is actually a make up base...ALSO can use it as a highlighter...

how to use it?

this is the method how i used my precious mineral makeup essence.. i squeeze lil amount of it to my finger and apply it to the areas that i want to look glowing..for example above the area that you put on your blusher..under your eyes near your blusher area...it makes your face glowing...but i don't suggest buying this if you like matte finished compared to glowing...

sometimes i apply all over of my face and after that i put my bb cream and powder. makes ur face brighter!! trust me...or you can use this alone with your powder....for natural look.


do you need it or not???

i don't know you will need it or not but i guess i need it. very useful if you are clubbers..I'M NOT! hahahha...


bare hand..without anything put on it..


see see see...it's glowing!!!!! DON'T PUT IT TOO MUCH IF YOU DON'T WANT TO LOOK LIKE A DISCO BALL! hahahahaha...

for me, its more on highlighter rather than make up base or primer because it has a lot of glitter on it..

oh! before i forgot, if your bb cream or your foundation very thick, you can blend it with this essence and apply it to your face. it makes it more easy to spread and blend...

i forgot the price but you can get it at ETUDE HOUSE around rm59.90 if im not mistaken. but for sure it is above rm50...

p/s : peliks lah tuh i speaking..u ols ni, nak perasan minah saleh sekejap pun tak buleh taw! walaupun grammar ke longkang ai tak pedulik lah...janji ai berani..yu berani kerr??? *tetibe* hahhaha...mesti nak kutuk ai..ai hate ai hate..hahah...

actually ada sorang kawan aku ni silent reader. and dia ada bagitahu ada sorang kawan dia tak paham bahasa melayu so kalau aku buat review buat lah bahasa omputeh katenya...boleh dia paham..yang lain tu suka hati maks noks buat bahasa urdu ke hape ke...kui kui

Wednesday, December 1, 2010

sila terasa

jangan harapkan lebih kalau kau pun tak mampu nak bagi lebih....
tak payah la nak rasa diri tu bagus sangat kalau kat mata aku ni kau bukan apa pun sangat...
ya betul, aku pun bukan hebat sangat...sekurang-kurangnya aku tak pernah lupa tolong kau....
ya betul..aku mengungkit...supaya kau sedar dan tak gelap mata dengan sedikit kesenangan yang di beri sehinggakan kau lupakan aku....
aku bebas kutuk kau kat sini sebab aku tau kau tak akan baca pun walaupun broadband kau bayar siap untuk tahun depan sekali.....
so aku nak kutuk puas puas sekarang ni...
tapi tak boleh kutuk sangat sebab kau dah lepas kena sound so mungkin kau akan baca nanti...tapi dah terlambatlah ye...
kau ni sebenarnya macam pahat dan penukul...paham kan?? kalau tak paham bukan melayu namanya...
kau bajet yang kau je tertekan, agaknya kau tak tahu kot yang orang lain pun ada otak dan akal macam kau....kau ingat orang lain otak lembu kot walaupun yang otak lembu tu adalah sebenarnya engkau...
tak kesah la janji tahun depan kau tak susahkan aku lagi..aku tak kesah orang susahkan aku kalau dia hargai aku...tapi kalau dah reti susahkan orang tapi tak reti berterima kasih ni yang susah...mak bapak tak ajar kot..tu kannnn..dah kua mak bapak bagai..tu tanda aku marah yang melampau...
sekali lagi aku jangan jangan meminta kalau tak mampu nak bagi....
kalau kau rasa diri kau lagi bagus dari aku...
aku okay je...tak ada masalah...ye la, nak kata apa kan kalau orang dah rasa diri dia tu bagus sangat....
yang tak boleh bla, dia pulak pandai pandai suruh aku berjanji something yang dia start dulu...pulak tu dia tak mengaku dia yang start dulu...memang perangai tuuuttt punya manusia lah kan....
last sekali...maaflah kalau aku kurang ajar, sebab aku rasa kau yang start kurang ajar dulu...sejuta kali kau tak mengaku pun aku yakin TUHAN tahu...


sekian...


ASSALAMUALAIKUM!!


P/S : EH pandai ke jawab, maklumlah kau kan tak suka jawab salam...takut dah lupa camana nak jawab salam....meh aku ajar...


WAALAIKUMUSSALAM....


haaa...da pandai? bagusla..alhamdulillah...


p/s/s : kalau ada yang meluat baca ni, sori la ye...ni blog ai..tak salah ai nak luahkan apa yang ai rasa..kalau yu rasa nak luahkan ketidaksukaan terhadap ai dan kebencian terhadap ai..yu buat blog sendiri okayy...tak payah nak komen2 macam orang tak bermaruah kat blog ai...hormat tuan rumah ye yu..okay..trimas!

aku juga punya hati

tajuk entry cam nak touching jerr...hahahah..memang! hari ni aku nak cerita ketidakpuasan aku selama beberapa hari nih..heheh..

sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula suami isteri..betul tak? tapi jangan salah sangka. itu tak bermakna aku ni dah kawen ataupun nak kawen..heheh...just nak story apa yang aku rasa dan fikir. bagi yang tak suka, tak setuju dan tak nak baca..u may leave...tiada paksaan...

dalam bercinta standard lah kan kalau bergaduh berperang bergusti ni kan...kalau tak bergaduh tak lah rasa nikmat perhubungan tu kan..tapi in a relationship ni kita perlu ada give and take...bukan nak cakap aku bagus sangat tapi ni just opinion aku..sapa tak setuju u may leave as i told u before this.. 

contoh hari tu aku gaduh dengan my bf. bukan aku yang start dulu. alih alih nak maki aku..tau la before this kita selalu saling maki memaki..but come on, aku dah lama tak maki kau so jangan nak buatkan aku maki kau...kalau aku dah start maki kau, sampai ke blog n fb aku maki nanti....hahaha

alasan dia maki aku sebab dia sakit kepala. nonsense la beb...hahahah..aku layankan je lah. dah dia nak start perang makian..oden no hal..nak tak nak aku maki lah balik..hahha....NOKTAH DISITU

tapi yang aku nak cerita sekarang adalah aku juga punya hati..jangan fikir kau sorang je ada hati...
semalam berani sungguh seekor manusia tu sms aku cakap dia dah lama tahan dalam hati dengan perangai, kata-kata aku n whatsoever lah...

aku cakap balik kat dia. sebanyak mana yang ko simpan dalam hati tak sebanyak mana yang aku simpan dalam hati aku pasal kau...that's the truth. aku admit aku pernah sakitkan hati dia but please la, we're only human. nobody perfect...kan?? setidaknya apa yang kau simpan dalam hati kau hanya apa yang aku cakap tapi apa yang aku simpan dalam hati aku tentang apa seluruh keturunan kau cakap kat aku..sori sangat kalau aku benci dorang...dan bersyukurlah sebab aku tak benci kau..lagi...

ingatlah..kau pun bukan sapa sapa pun pada mata aku. setakat hutang keliling pinggang tak perlu nak lagak vvip dengan aku...dan satu lagi yang aku nak pesan, mata kau mungkin cepat kabur dengan sedikit kebaikan yang mereka taburkan tapi sampai akhirat pun aku tak lupakan apa yang mereka pernah buat. walau sebesar zarah...

apa yang mereka bagi tak setimpal dengan sakit hati yang aku rasa. walau luka tu dah sembuh parutnya tetap ada dan ia boleh berdarah kembali pada bila bila masa...kau mungkin lupa kepedihan dan keperitan yang kita sama sama rasai dulu tapi aku tak kan pernah lupa..TAK KAN!

YA..INI SATU DENDAM....memang betul tak elok simpan dendam tapi aku hanya manusia biasa....
walau seribu tahun pun aku tak kan pernah lupa..tak kan...dan maaf sekali lagi sebab aku tak boleh menerima mereka..not now, not tomorrow nor forever!!


Saturday, November 27, 2010

KOMEN PEDAS WARTAWAN UTUSAN TERHADAP FILEM 2 ALAM

Alam 'luar biasa'

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH syazwan_zakariah@astro.com.my

BANYAK pertanyaan yang bermain di fikiran saya sesudah menyaksikan 2 Alam. Hampir kesemuanya bermula dengan 'kenapa', baik dari segi jalan cerita dan pengarahan, sampailah kepada tahap keyakinan Dr. Rozmey bahawa filem ini mampu mengutip RM40 juta. Tidakkah dia sendiri menontonnya?

Filem 2 Alam memfokuskan kisah seorang penyanyi terkenal, Amy semasa hidup dan matinya.

Dia sebenarnya seorang lelaki bernama Adam yang mengubah jantina semasa belajar di luar negara.

Kehidupannya digambarkan penuh jahil dan maksiat, manakala apabila mati, jenazahnya berdepan azab tidak diterima bumi.

Seringkas sinopsis tadi, semudah itulah 2 Alam digarap. Bukan niat untuk memperkecil-kecilkan usaha Ed Zarith dan Hairie Othman, tetapi hanya inikah yang mampu dipersembahkan oleh dua orang pengarah?

Seawal pembukaan, momentum filem ini sudah dibunuh. Penonton disogokkan dengan pembentangan slaid ala Microsoft Power Point yang bertanyakan bermacam soalan selama lebih dua minit!

Maaf Dr. Rozmey, kaedah untuk menjual ubat kurus tidak sama dengan cara bercerita di layar perak.

'Zaman kegelapan' Amy ditonjolkan berselang-seli dengan adegan persiapan mengkebumikan mayatnya.

Tidak dinafikan sinematografi untuk babak-babak di kampung dihasilkan dengan dramatik dan teliti, tetapi sayangnya kosong tanpa isi.

Keindahan syot-syot itu tidak dibantu dengan dialog yang kuat. Kalau ada pun, bunyinya sangat klise dan pernah didengar dalam drama televisyen era 1980an.

Sebagai contoh, "Sabarlah, ini takdir Tuhan. Sebagai orang Islam, kita harus terima qada' dan qadar".

Filem 2 Alam membulatkan sesuatu perkara dengan dangkal dan terus menghukum. 'Dunia' kampung digambarkan seputih-putihnya menerusi watak Ustaz, graduan dari Mesir. Dunia kota ditunjukkan sehitam-hitamnya dan penuh noda menerusi watak Amy, lulusan universiti di London.

Saya tidak pasti mengapa pengarah sangat obses kepada lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search.

Kalau lagu tema sekalipun, perlukah ia dimainkan berkali-kali untuk babak imbas semula? Mereka mahu membuat filem atau video muzik?

Tidak salah kalau ingin menjadikan naskhah ini sebuah melodrama, tetapi janganlah malas. Syot yang sama diulang pakai sehingga penonton naik muak.

Bercakap mengenai video muzik, terdapat satu adegan yang membuatkan saya keliru, sama ada mahu ketawa atau menggeleng-gelengkan kepala.

Ketika itu Amy dan kekasihnya, Juan baru berpisah. Kedua-duanya berjalan mengikut alunan irama perlahan sebelum bertembung, kemudian masuk ke dalam kolam renang dan menyelam. Apakah maksud dan kepentingan adegan ini?

Persembahan lakonan sangat menjengkelkan, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan pun jika skripnya sama taraf.

Sebagai contoh, "Aku betul-betul tak sangka kita dapat rogol penyanyi popular!" dan "Memang you takkan jumpa lelaki yang handsome macam I dalam dunia".

Sebagai bintang utama, Suhailah Salam lebih banyak menangis daripada bercakap. Dia juga asyik berpesta dan berpeleseran; tidak kiralah di dalam tab mandi, kereta atau di atas katil.

Mana adegan yang membuktikan dia seorang penyanyi popular? Mana adegan yang menunjukkan dia dulunya seorang lelaki?

Mengapa konflik jiwa Amy/Adam tidak diselam?

Mengapa Amy mengamuk dan mahu bunuh diri bila akhbar mendedahkan dia tukar jantina, walhal apa yang terpampang di muka depan ialah "engakuan Amy: Saya seorang lelaki"?

Jika 2 Alam sekadar mahu memberitahu betapa seksanya jenazah orang berdosa sewaktu dikebumikan, lebih bagus penonton membaca majalah Mastika saja.

Penceritaan filem ini melemaskan, bercitarasa buruk dan dakwahnya tidak kesampaian.

Ada baiknya saya berhenti di sini. Saya tidak mahu disalahkan nanti jika ulasan ini boleh membantutkan impian Dr. Rozmey mencatat jumlah kutipan yang luar biasa.

sumber:utusan


FILEM 2 ALAM DR. ROZMEY TAK SEHEBAT YANG DI WAR-WAR KAN???

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH HI WABARAKATUH!!!

tuu dia..panjang bebenor mukaddimahnya yer yop..
lama tak ngupdate ni.. duk usha usha forum cari tadi...
jeng jeng jeng...

hot storyyy u ols...
kan dr rozmey tu duk pun pang pung pang yang filem dia tu boleh mencecah rm 40 juta..
dia yang cakap..bukan aku cakap...tup tup hasilnya u ols tahu berapa?????

rm230,000 SAHAJA!

kecian dia...tapi tu la..sapa suruh cakap BESAR kan..rm40 juta..agak mustahil nak dapat kan bila mula mula dengar tapi layankan je la..mana tahu dapat kan. sebab kat atas muka bumi Allah ni tak ada yang mustahil..

83 pawagam menayang’kan filem 2 Alam, namun FINAS melaporkan jumlah kutipan sehingga hari ini (24 November) hanya mencapai sekadar RM230 000, jauh terlajak daripada cita-cita asal DDR yang menyasarkan RM40 juta.


Walaupun menerima 1000 macam publisiti daripada akhbar Kosmo & Hmetro, namun publisiti tersebut sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila di’hentaman pelbagai pihak, terutama’nya wartawan yang memberikan review negatif berkenaan filem 2 Alam.
Tergelak kami apabila ada rakan yang berkata, filem 2 Alam sebenarnya berkisarkan music video Ramli Sarip & Amy Search yang berdurasi 86 minit.

Macam mana pula DDR boleh berani bercerita soal kutipan RM2 juta pada hari pertama tayangan? Sedangkan filem Upin Ipin: Pengembaraan Bermula yang hebat pun perlukan 5 hari untuk mencapai RM2 juta. Sudah-sudah’lah DDR, jangan nak bodoh’kan penonton Malaysia, dan kaki google tempatan. Lambat-laun, terbongkar juga taktik DDR yang kami berani cop sebagai tidak jujur, lebih tepat, kaki temberang.


ni petikan dari forum yang aku copy...dorang copy dari paper dengar citer...macam-macam kontroversi yang dah ada before filem ni di tayangkan lagi..yang paling hot ialah poster filem yang di plagiat, di copy atau bahasa manisnya di cetak rompak dari poster filem EXORCISM..hehehe..bukti?? nah!!


nampak ke tak?? malas cakap banya..so tengok sendiri la...
actually kesian jugak bila target dia tak sampai. msti malu kan sebab da cakap pung pang pung pang....yang tak bleh bla..ada sorang friend fb dr rozmey ni komen berapa kutipan 2 alam? u ols tahu apa jadi..si pengkomen punya komen kena delete..yang tak leh bla...siap kena block lagi dari page tu..adoooiii...professional la sikit kannn...


 ni yang aku cilok dari forum..masa baca komen ranger merah tu aku ingatkan dia peminat setia..sekali rupanya nak menghentam..tak baik buat cam tu...nak hentam hemtam lah terus..jangan pura pura puji dulu....tapi ada bagos jugak komen macam ni..baru la lepas ni dr rozmey fikir dulu sebelum buat sesuatu..kita kena ingat..kalau seseorang tu berjaya dengan satu bisnes tu tak semestinya kita pun akan berjaya..rezeki Allah dah tentukan buat setiap insan...mungkin orang tu dah ditakdirkan kaya dengan rezeki yang macam tu n kita akan kaya dengan rezeki yang macam ni....apapun think positive!!

tapi kan dia ni agak nampak macam nak promote diri sendiri pun ada..tengok kat dalam poster tu, gambar dia pun ada..hikhik..padahal dia tak berlakun rasanya.....STEVEN SPIELBERG pun tak letak gambar sendiri dalam filem arahannya...STEPHENIE MEYER pun tak letak muka dia kat poster filen walaupun dia penulis novel filem TWILIGHT tu..tapi apa apa je lah..janji dia puas hati...

BTW, korang dah tengok ke 2 alam ni?? kalau dah tengok bagi tau la yer..heheh...