Tuesday, December 28, 2010

macam kau sorang je student

penat weh jadi student...banyak assignment, class jauh...kena jalan sampai berpeluh peluh celah ketiak dak celah kangkang..bahahha....sem ni sem baik...setiap hari belajar pasal ilmu agama je...pasal quran, revelation, islamic aqidah, ethics....tapi bestttt!!!!! sebab semua lecturer best kecuali kelas islamic ethics. giler kaw aku dapat lecturer saiko...dr hapekejadah ntah nama dia....

sakit hati aku, bila dia tanya apa-apa aku jawab la...sebab dia nak kita respon. dia cakap this is not a class of memorization but understanding. apa apa jelah but dia suka main argue2...ayoooo......bila aku dah jawab, dia akan tanya lagi, lagi lagi lagi lagi dan lagi sampai kau ternganga dah lost point...bahahha...mengong doh aku kat class tu. dah lah class tu ramai yang pasif. so once kau dah start jawab soalan dia. the next question dia akan focus kat kau je la...

sabar je la aku....

korang pulak macamane??

Friday, December 24, 2010

pizza hut mid valley yang menyakitkan hati

MEMANG SAKIT BETUL HATI AKU DENGAN PIZZA HUT KAT MID VALLEY NI...HARI TU AKU PERGI DENGAN MY BF N DIA BAGI TABLE FOR COUPLE..OKAY LA, MEMANG PATUT PUN SEBAB KITORANG BERDUA JE, TAPI MEMANDANGKAN ADA  DUA LAGI TABLE UNTUK 4 ORANG AKU PUN REQUEST LAH NAK DUDUK MEJA TU SEBAB MEJA FOR COUPLE TU SEMPIT. KALAU KAU ORDER PIZA SIZE TAPAK TANGAN BOLEH LAH. NI WE ALL NAK ORDER LARGE PIZZA, SPAGETI, CHICKEN WING. TU TAK TERMASUK AIR LAGI. MUSHROOM SOUP LAGI. DIA TAK BAGI PLUS CAKAP PUN KURANG AJAR. MEMANG MAKAN MAKIAN LA..KAU TU PUN MAKAN GAJI JE. HORMAT LA SKET SESAMA MANUSIA...
JANGAN INGAT KAMI BERDUA JE SO ORDER PUN SIKIT. DIA BELUM TAHU KALAU BF AKU MAKAN PIZZA LARGE TU DIA SORANG JE...KALAU TAK BAGI DUDUK MEJA BESAR TU PUN CAKAP LA ELOK2 NI PANDANG MUKA PUN TAK....KALAU AKU DUK MEJA COUPLE TU SAH2 DAN CONFIRM PIZZA TU AKU KENA LETAK ATAS LANTAI...CONSIDER LA SIKIT...ORANG DAH CAKAP KAN NAK ORDER BANYAK...BANGANG BETOL...TERUS AKU BLAH..MEMANG PANTANG AKU KALAU AKU DAH DUDUK NAK MAKAN ADA YANG MENYEKAT. MEMANG CEPAT JE AR DARAH NAIK KEPALA...NAK JE AKU CEPUK MUKA BETINA TU..BARU KERJA WAITRESS DAH BERLAGAK...PATUTLA TUHAN TAK BAGI KO KERJA LAGI ELOK...MINTAK DI JAUHKAN PERANGAI SEBEGITU TERHADAP KETURUNANKU...AMINNN....

Friday, December 3, 2010

ETUDE HOUSE : precious mineral makeup essence review

hai...its been a long time since i promised you guys that i want to make a review about some of etude house products.
so, after a few weeks of using it...i think this is worth to buy...but remember, this is not an advertisement...i bought this with my own money...
and also remember that, it is suit my skin and i don't know whether it is will suit your skin or not...because different people has different skin types...


cute huh! it comes in a bottle with a pump...so it is hygenic...if you are wondering what is this? how to used it and do you need it or not? or whatsoever...let me tell you...
this is actually a make up base...ALSO can use it as a highlighter...

how to use it?

this is the method how i used my precious mineral makeup essence.. i squeeze lil amount of it to my finger and apply it to the areas that i want to look glowing..for example above the area that you put on your blusher..under your eyes near your blusher area...it makes your face glowing...but i don't suggest buying this if you like matte finished compared to glowing...

sometimes i apply all over of my face and after that i put my bb cream and powder. makes ur face brighter!! trust me...or you can use this alone with your powder....for natural look.


do you need it or not???

i don't know you will need it or not but i guess i need it. very useful if you are clubbers..I'M NOT! hahahha...


bare hand..without anything put on it..


see see see...it's glowing!!!!! DON'T PUT IT TOO MUCH IF YOU DON'T WANT TO LOOK LIKE A DISCO BALL! hahahahaha...

for me, its more on highlighter rather than make up base or primer because it has a lot of glitter on it..

oh! before i forgot, if your bb cream or your foundation very thick, you can blend it with this essence and apply it to your face. it makes it more easy to spread and blend...

i forgot the price but you can get it at ETUDE HOUSE around rm59.90 if im not mistaken. but for sure it is above rm50...

p/s : peliks lah tuh i speaking..u ols ni, nak perasan minah saleh sekejap pun tak buleh taw! walaupun grammar ke longkang ai tak pedulik lah...janji ai berani..yu berani kerr??? *tetibe* hahhaha...mesti nak kutuk ai..ai hate ai hate..hahah...

actually ada sorang kawan aku ni silent reader. and dia ada bagitahu ada sorang kawan dia tak paham bahasa melayu so kalau aku buat review buat lah bahasa omputeh katenya...boleh dia paham..yang lain tu suka hati maks noks buat bahasa urdu ke hape ke...kui kui

Wednesday, December 1, 2010

sila terasa

jangan harapkan lebih kalau kau pun tak mampu nak bagi lebih....
tak payah la nak rasa diri tu bagus sangat kalau kat mata aku ni kau bukan apa pun sangat...
ya betul, aku pun bukan hebat sangat...sekurang-kurangnya aku tak pernah lupa tolong kau....
ya betul..aku mengungkit...supaya kau sedar dan tak gelap mata dengan sedikit kesenangan yang di beri sehinggakan kau lupakan aku....
aku bebas kutuk kau kat sini sebab aku tau kau tak akan baca pun walaupun broadband kau bayar siap untuk tahun depan sekali.....
so aku nak kutuk puas puas sekarang ni...
tapi tak boleh kutuk sangat sebab kau dah lepas kena sound so mungkin kau akan baca nanti...tapi dah terlambatlah ye...
kau ni sebenarnya macam pahat dan penukul...paham kan?? kalau tak paham bukan melayu namanya...
kau bajet yang kau je tertekan, agaknya kau tak tahu kot yang orang lain pun ada otak dan akal macam kau....kau ingat orang lain otak lembu kot walaupun yang otak lembu tu adalah sebenarnya engkau...
tak kesah la janji tahun depan kau tak susahkan aku lagi..aku tak kesah orang susahkan aku kalau dia hargai aku...tapi kalau dah reti susahkan orang tapi tak reti berterima kasih ni yang susah...mak bapak tak ajar kot..tu kannnn..dah kua mak bapak bagai..tu tanda aku marah yang melampau...
sekali lagi aku jangan jangan meminta kalau tak mampu nak bagi....
kalau kau rasa diri kau lagi bagus dari aku...
aku okay je...tak ada masalah...ye la, nak kata apa kan kalau orang dah rasa diri dia tu bagus sangat....
yang tak boleh bla, dia pulak pandai pandai suruh aku berjanji something yang dia start dulu...pulak tu dia tak mengaku dia yang start dulu...memang perangai tuuuttt punya manusia lah kan....
last sekali...maaflah kalau aku kurang ajar, sebab aku rasa kau yang start kurang ajar dulu...sejuta kali kau tak mengaku pun aku yakin TUHAN tahu...


sekian...


ASSALAMUALAIKUM!!


P/S : EH pandai ke jawab, maklumlah kau kan tak suka jawab salam...takut dah lupa camana nak jawab salam....meh aku ajar...


WAALAIKUMUSSALAM....


haaa...da pandai? bagusla..alhamdulillah...


p/s/s : kalau ada yang meluat baca ni, sori la ye...ni blog ai..tak salah ai nak luahkan apa yang ai rasa..kalau yu rasa nak luahkan ketidaksukaan terhadap ai dan kebencian terhadap ai..yu buat blog sendiri okayy...tak payah nak komen2 macam orang tak bermaruah kat blog ai...hormat tuan rumah ye yu..okay..trimas!

aku juga punya hati

tajuk entry cam nak touching jerr...hahahah..memang! hari ni aku nak cerita ketidakpuasan aku selama beberapa hari nih..heheh..

sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula suami isteri..betul tak? tapi jangan salah sangka. itu tak bermakna aku ni dah kawen ataupun nak kawen..heheh...just nak story apa yang aku rasa dan fikir. bagi yang tak suka, tak setuju dan tak nak baca..u may leave...tiada paksaan...

dalam bercinta standard lah kan kalau bergaduh berperang bergusti ni kan...kalau tak bergaduh tak lah rasa nikmat perhubungan tu kan..tapi in a relationship ni kita perlu ada give and take...bukan nak cakap aku bagus sangat tapi ni just opinion aku..sapa tak setuju u may leave as i told u before this.. 

contoh hari tu aku gaduh dengan my bf. bukan aku yang start dulu. alih alih nak maki aku..tau la before this kita selalu saling maki memaki..but come on, aku dah lama tak maki kau so jangan nak buatkan aku maki kau...kalau aku dah start maki kau, sampai ke blog n fb aku maki nanti....hahaha

alasan dia maki aku sebab dia sakit kepala. nonsense la beb...hahahah..aku layankan je lah. dah dia nak start perang makian..oden no hal..nak tak nak aku maki lah balik..hahha....NOKTAH DISITU

tapi yang aku nak cerita sekarang adalah aku juga punya hati..jangan fikir kau sorang je ada hati...
semalam berani sungguh seekor manusia tu sms aku cakap dia dah lama tahan dalam hati dengan perangai, kata-kata aku n whatsoever lah...

aku cakap balik kat dia. sebanyak mana yang ko simpan dalam hati tak sebanyak mana yang aku simpan dalam hati aku pasal kau...that's the truth. aku admit aku pernah sakitkan hati dia but please la, we're only human. nobody perfect...kan?? setidaknya apa yang kau simpan dalam hati kau hanya apa yang aku cakap tapi apa yang aku simpan dalam hati aku tentang apa seluruh keturunan kau cakap kat aku..sori sangat kalau aku benci dorang...dan bersyukurlah sebab aku tak benci kau..lagi...

ingatlah..kau pun bukan sapa sapa pun pada mata aku. setakat hutang keliling pinggang tak perlu nak lagak vvip dengan aku...dan satu lagi yang aku nak pesan, mata kau mungkin cepat kabur dengan sedikit kebaikan yang mereka taburkan tapi sampai akhirat pun aku tak lupakan apa yang mereka pernah buat. walau sebesar zarah...

apa yang mereka bagi tak setimpal dengan sakit hati yang aku rasa. walau luka tu dah sembuh parutnya tetap ada dan ia boleh berdarah kembali pada bila bila masa...kau mungkin lupa kepedihan dan keperitan yang kita sama sama rasai dulu tapi aku tak kan pernah lupa..TAK KAN!

YA..INI SATU DENDAM....memang betul tak elok simpan dendam tapi aku hanya manusia biasa....
walau seribu tahun pun aku tak kan pernah lupa..tak kan...dan maaf sekali lagi sebab aku tak boleh menerima mereka..not now, not tomorrow nor forever!!


Saturday, November 27, 2010

KOMEN PEDAS WARTAWAN UTUSAN TERHADAP FILEM 2 ALAM

Alam 'luar biasa'

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH syazwan_zakariah@astro.com.my

BANYAK pertanyaan yang bermain di fikiran saya sesudah menyaksikan 2 Alam. Hampir kesemuanya bermula dengan 'kenapa', baik dari segi jalan cerita dan pengarahan, sampailah kepada tahap keyakinan Dr. Rozmey bahawa filem ini mampu mengutip RM40 juta. Tidakkah dia sendiri menontonnya?

Filem 2 Alam memfokuskan kisah seorang penyanyi terkenal, Amy semasa hidup dan matinya.

Dia sebenarnya seorang lelaki bernama Adam yang mengubah jantina semasa belajar di luar negara.

Kehidupannya digambarkan penuh jahil dan maksiat, manakala apabila mati, jenazahnya berdepan azab tidak diterima bumi.

Seringkas sinopsis tadi, semudah itulah 2 Alam digarap. Bukan niat untuk memperkecil-kecilkan usaha Ed Zarith dan Hairie Othman, tetapi hanya inikah yang mampu dipersembahkan oleh dua orang pengarah?

Seawal pembukaan, momentum filem ini sudah dibunuh. Penonton disogokkan dengan pembentangan slaid ala Microsoft Power Point yang bertanyakan bermacam soalan selama lebih dua minit!

Maaf Dr. Rozmey, kaedah untuk menjual ubat kurus tidak sama dengan cara bercerita di layar perak.

'Zaman kegelapan' Amy ditonjolkan berselang-seli dengan adegan persiapan mengkebumikan mayatnya.

Tidak dinafikan sinematografi untuk babak-babak di kampung dihasilkan dengan dramatik dan teliti, tetapi sayangnya kosong tanpa isi.

Keindahan syot-syot itu tidak dibantu dengan dialog yang kuat. Kalau ada pun, bunyinya sangat klise dan pernah didengar dalam drama televisyen era 1980an.

Sebagai contoh, "Sabarlah, ini takdir Tuhan. Sebagai orang Islam, kita harus terima qada' dan qadar".

Filem 2 Alam membulatkan sesuatu perkara dengan dangkal dan terus menghukum. 'Dunia' kampung digambarkan seputih-putihnya menerusi watak Ustaz, graduan dari Mesir. Dunia kota ditunjukkan sehitam-hitamnya dan penuh noda menerusi watak Amy, lulusan universiti di London.

Saya tidak pasti mengapa pengarah sangat obses kepada lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search.

Kalau lagu tema sekalipun, perlukah ia dimainkan berkali-kali untuk babak imbas semula? Mereka mahu membuat filem atau video muzik?

Tidak salah kalau ingin menjadikan naskhah ini sebuah melodrama, tetapi janganlah malas. Syot yang sama diulang pakai sehingga penonton naik muak.

Bercakap mengenai video muzik, terdapat satu adegan yang membuatkan saya keliru, sama ada mahu ketawa atau menggeleng-gelengkan kepala.

Ketika itu Amy dan kekasihnya, Juan baru berpisah. Kedua-duanya berjalan mengikut alunan irama perlahan sebelum bertembung, kemudian masuk ke dalam kolam renang dan menyelam. Apakah maksud dan kepentingan adegan ini?

Persembahan lakonan sangat menjengkelkan, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan pun jika skripnya sama taraf.

Sebagai contoh, "Aku betul-betul tak sangka kita dapat rogol penyanyi popular!" dan "Memang you takkan jumpa lelaki yang handsome macam I dalam dunia".

Sebagai bintang utama, Suhailah Salam lebih banyak menangis daripada bercakap. Dia juga asyik berpesta dan berpeleseran; tidak kiralah di dalam tab mandi, kereta atau di atas katil.

Mana adegan yang membuktikan dia seorang penyanyi popular? Mana adegan yang menunjukkan dia dulunya seorang lelaki?

Mengapa konflik jiwa Amy/Adam tidak diselam?

Mengapa Amy mengamuk dan mahu bunuh diri bila akhbar mendedahkan dia tukar jantina, walhal apa yang terpampang di muka depan ialah "engakuan Amy: Saya seorang lelaki"?

Jika 2 Alam sekadar mahu memberitahu betapa seksanya jenazah orang berdosa sewaktu dikebumikan, lebih bagus penonton membaca majalah Mastika saja.

Penceritaan filem ini melemaskan, bercitarasa buruk dan dakwahnya tidak kesampaian.

Ada baiknya saya berhenti di sini. Saya tidak mahu disalahkan nanti jika ulasan ini boleh membantutkan impian Dr. Rozmey mencatat jumlah kutipan yang luar biasa.

sumber:utusan


FILEM 2 ALAM DR. ROZMEY TAK SEHEBAT YANG DI WAR-WAR KAN???

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH HI WABARAKATUH!!!

tuu dia..panjang bebenor mukaddimahnya yer yop..
lama tak ngupdate ni.. duk usha usha forum cari tadi...
jeng jeng jeng...

hot storyyy u ols...
kan dr rozmey tu duk pun pang pung pang yang filem dia tu boleh mencecah rm 40 juta..
dia yang cakap..bukan aku cakap...tup tup hasilnya u ols tahu berapa?????

rm230,000 SAHAJA!

kecian dia...tapi tu la..sapa suruh cakap BESAR kan..rm40 juta..agak mustahil nak dapat kan bila mula mula dengar tapi layankan je la..mana tahu dapat kan. sebab kat atas muka bumi Allah ni tak ada yang mustahil..

83 pawagam menayang’kan filem 2 Alam, namun FINAS melaporkan jumlah kutipan sehingga hari ini (24 November) hanya mencapai sekadar RM230 000, jauh terlajak daripada cita-cita asal DDR yang menyasarkan RM40 juta.


Walaupun menerima 1000 macam publisiti daripada akhbar Kosmo & Hmetro, namun publisiti tersebut sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila di’hentaman pelbagai pihak, terutama’nya wartawan yang memberikan review negatif berkenaan filem 2 Alam.
Tergelak kami apabila ada rakan yang berkata, filem 2 Alam sebenarnya berkisarkan music video Ramli Sarip & Amy Search yang berdurasi 86 minit.

Macam mana pula DDR boleh berani bercerita soal kutipan RM2 juta pada hari pertama tayangan? Sedangkan filem Upin Ipin: Pengembaraan Bermula yang hebat pun perlukan 5 hari untuk mencapai RM2 juta. Sudah-sudah’lah DDR, jangan nak bodoh’kan penonton Malaysia, dan kaki google tempatan. Lambat-laun, terbongkar juga taktik DDR yang kami berani cop sebagai tidak jujur, lebih tepat, kaki temberang.


ni petikan dari forum yang aku copy...dorang copy dari paper dengar citer...macam-macam kontroversi yang dah ada before filem ni di tayangkan lagi..yang paling hot ialah poster filem yang di plagiat, di copy atau bahasa manisnya di cetak rompak dari poster filem EXORCISM..hehehe..bukti?? nah!!


nampak ke tak?? malas cakap banya..so tengok sendiri la...
actually kesian jugak bila target dia tak sampai. msti malu kan sebab da cakap pung pang pung pang....yang tak bleh bla..ada sorang friend fb dr rozmey ni komen berapa kutipan 2 alam? u ols tahu apa jadi..si pengkomen punya komen kena delete..yang tak leh bla...siap kena block lagi dari page tu..adoooiii...professional la sikit kannn...


 ni yang aku cilok dari forum..masa baca komen ranger merah tu aku ingatkan dia peminat setia..sekali rupanya nak menghentam..tak baik buat cam tu...nak hentam hemtam lah terus..jangan pura pura puji dulu....tapi ada bagos jugak komen macam ni..baru la lepas ni dr rozmey fikir dulu sebelum buat sesuatu..kita kena ingat..kalau seseorang tu berjaya dengan satu bisnes tu tak semestinya kita pun akan berjaya..rezeki Allah dah tentukan buat setiap insan...mungkin orang tu dah ditakdirkan kaya dengan rezeki yang macam tu n kita akan kaya dengan rezeki yang macam ni....apapun think positive!!

tapi kan dia ni agak nampak macam nak promote diri sendiri pun ada..tengok kat dalam poster tu, gambar dia pun ada..hikhik..padahal dia tak berlakun rasanya.....STEVEN SPIELBERG pun tak letak gambar sendiri dalam filem arahannya...STEPHENIE MEYER pun tak letak muka dia kat poster filen walaupun dia penulis novel filem TWILIGHT tu..tapi apa apa je lah..janji dia puas hati...

BTW, korang dah tengok ke 2 alam ni?? kalau dah tengok bagi tau la yer..heheh...

Monday, November 15, 2010

WISHLIST 2011!!!!!!!

haa...amacam? ada rasa jijik kah? hahhahahaha...yer yer yer...aku tahu belum masuk 2011 lagi..lama lagi tapi kan orang selalu cakap sediakan payung sebelum hujan..ekeke...ada wishlist baru engkau nak kaitkan dengan simpulan bahasa yang bersimpul simpul..eh simpulan bahasa ek? apasal aku rasa macam peribahasa jek...makkk!!!!!!! tolong aku! aku dah confuse mana peribahasa and mana simpulan bahasa!!!!!!! ke sama je wehh???? tulun aku peri tulun aku... *tiba* =.="

1 - DIGITAL CAMERA (i wish sony sebab so far aku pakai laptop sony sangat puas hati. alhamdulillah tak ada masalah setakat ini. almost 3 years tapi belum pernah rosak apa2 lagi..amiiinnnn...nak banding dengan ACER yang pakcik aku beli dah 2x tukar adapter baru..haih!)


dapat yang macam ni pun okay..lagi nipis lagi bagos...any suggestion?? but not dslr ek..tak sanggop aku nak kendong camera berat besar gedabak ituuuu..belum kawen n ada anak lagi! kang mana nak usung anak mana nak usung camera. last2 dua2 aku campak longkang! eh tak tak..camera je campak longkang..


2 - BLACKBERRY (tak kira la bold ke curve ke..janji limited edition and tak ramai yang pakai lagi..heheh)


eh ni limited ke?? macam tak je!! limited itu HARUUSSSS...HARUUUUSSSS!!!!!!! paham??? hihihi..tak dapat pun tak apa..redha jek! =( =(


3 - BASIKAL (hehe..nak buat apa? nak round2 uia mlm2...dari jogging baik aku naik basikal, memantopkan bontot n paha..hehe, nak bajet jadi foreigner seketika dengan mengayuh basikal yang ada lampu kelip2 kat bontot and pakai helmet basikal! tak kan helmet motor kot! hihihi and bukan basikal tua okay!!!!! kang pai tua aku kerjakan sapa2 yg bagi aku basikal tua tu!)


kau bayangkan lah, bayang je lah! banyak songeh pulak..ko bayangkan aku naik basikal ni dalam uia?? amacam?? BMW tu bhaiiii...kau mampu? aku pun tak mampu! tak mampu nak naik! macam kecik jer pelana dia! bukan takut aku tak mampu tapi takut basikal ni yang tak mampu nak bawak bontok gedebab aku...hikhik...kalau basikal dah cecah belas ribu baik aku bawak keluar BMW 5series terus! tapi mana tahu kan tiba tiba aku buang tebiat beli basikal ni khhhaaaannnn....

4 - PURSE LOUIS VUITTON (LV) (haiiyyyaaa...aku nak sangat purse lv insolite tuuuuuuuuuu..........sangatttttttt.....n aku nak original punya okaayyyyyhhh...)


mana yang kau nak?? mana?? mana?? aku nak dua!! boley takkk???? giler tamak...kau ingat satu ni harga dia rm200 je ke! kalau rm200 dua aku beli! sekarang jugakkk!! aku nak yang putih pink tu dan dan hitam hot pink sebelah dia tu..tolong aku tolong aku..mana lebih cantik?? (wah! gaya cakap macam besok je nak g beli) eeeleeehhhhh..mana tahu khhaaannnn...

okay sekian wishlist saya pada saat ini.. (macam ada lagi je) huhuhuhu...buat masa sekarang ni je dulu..hekhek..berjumpa di lain siaran..

KEPADA SEMUA FOLLOWERS KU...
SESIAPA YANG MEMBACA ENTRY NI N ADA BLOG...
YOOUUUU HAAVVVEEEE BBEEENNN TAGGGG!!!!!

DO IT NOW!
=)

Friday, November 12, 2010

sakit itu penghapus dosa

tadi baca satu blog ni...
dia cakap sakit tu penghapus dosa..
so lepas ni bila sakit tak nak merungut dah...
sakit kan penghapus dosa...
nak anggap je semua ni sebab ALLAH sayangkan aku...
nak anggap segala dengkian yang berjaya orang buat kat aku adalah sebab ALLAH tak sayang kamu...(weekkkk!!! ALLAH tak sayang ko!)
sebab segala benda baik atau buruk yang kita nak buat ak akan menjadi tanpa izin ALLAH...
namun dia terlebih mengetahui dan terlebih dalam segala galanya lah...

Thursday, November 11, 2010

thanks a lot

thanks for giving me this..non stop! thanks a lot...
SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA....
amiiiiinnnnnn....
YA ALLAH AKU MOHON KAU MENDENGAR DAN MEMAKBULKAN DOA ORANG YANG TERANIAYA INI...
SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENGETAHUI...

Monday, November 8, 2010

aspirin mask for acne, for your skin.

sapa suka nampak cantik? of course semua nak nampak cantik . yang laki nak nampak handsome yang perempuan nak nampak cantik kan kan kan....so hari ni aku nak ajar korang buat masker yang paling murah dan berkesan...pernah dengar aspirin tak? alah ubat untuk sakit kepala tu. cam panadol la lbh kurang tapi bukan panadol...


1- kenal pasti dulu muka korang. jenis muka tak tahu malu ke muka tembok. hehe...


2- klip kan rambut korang yang kat depan tu supaya tak mengganggu proses mencantik kan muka tembok korang tu ye. lepas tu cuci muka bersih bersih macam ni..


hahhahaha..sekali sekala letak muka hodoh tak mengapa khhaaaannnn...


3- make sure cuci muka bersih bersih tau. tapi jangan scrub muka tu.



4- ni lah rhopenya aspirin itewww...cari kat farmasi, berlambak, macam macam adaaaa...TAPI make sure beli yang uncoated okayyyyy...kalau beli yang coated memang tak menjadi la masker korang.



5- aku gunakan 3 bijik aspirin. dos terpulang, ikut suka mak ngah korang. kalau muka lebar macam bontot periuk guna la lebih sikit..heheheh...tapi 3 pun da cukup.


6- titik kan air atas aspirin tu. biar dia kembang. make sure jangan banyak sangat. sendiri agak la kan.


7- kalau rasa air tak cukup tambah lagi. lepas tu lanyak2 aspirin tu pakai kaki, eh tak jari. kalau nak lagi best letak madu sikit. madu kan elok untuk kulit. aku tak letak sebab tak ada madu kat hostel ni. 'madu' lain bolehla cari kalau nak..hahhah...ramaiiiii....


8- gaul biar jadi macam ni. tekstur aspirin ni kasar, macam butir2 scrub. so jangan risau kalau adunan korang tu tak jadi licin lembut macam adunan kek yer!


9- before letak masker tu. basah muka korang dengan air. jangan basah kan baju sekali macam aku. tak pasal pasal kena tukar baju. haih! -_-'


10- tepek kat muka macam ni ha...area mata tak payah la. kat area jerawat tu kasi focus sikit...heheheh....tunggu sampai 10-15 minit atau sampai kering n rasa gatal gatal. rasa gatal tu perkara biasa terutama kat tempat bermasalah macam tempat jerawat, memang gatal sikit la.

last sekali cuci dengan air, masa cuci tu basahkan tangan korang dulu then urut2 kat muka korang. buat macam skrub pastu baru cuci bersih bersih. tak payah guna cleanser. 

tunggu muka kering. nak lap dengan towel pun boley. tapi aku suka dia kering sendiri. lembut je rasa kulit korang kan kan kan...after that pakai mosturizer yang biasa korang pakai. tak nak pakai pun tak apa. gunakan masker ni seminggu sekali or seminggu 2x. so far aku pakai jerawat senang kering la even baru beberapa kali try pakai. my bf pun guna masker ni. baru sekali. so far jerawat ni cepat kering...try la...mungkin sesuai dengan korang. jimat plak tu. aspirin tu tak sampai pun rm11 for 24tablets..

SELAMAT MENCUBA..

sori gambar tak berapa clear n cun sebab guna web cam. my fon rosak tak boleh amik gambar...huhuhu.. =(

saya sayang teman lelaki saya (awwww!!!)

entry special khas untuk my other half. kalau yang kutuk kutuk cakap jiwang ke hapa ke aku tak kesah sebab ni blog apa. so hak aku la nak jadi jiwang ke apa ke khaannnn....banyak sebab knp saya sayang bf saya... =)

1- dia sangat baik. bukan dengan aku je tapi boleh dikatakan semua orang. but dia hanya baik dengan orang yang tak buat masalah dengan dia. once kau dah buat dia bengang, marah n menyampah dengan dia, trust me! it will be FOREVER! tak kira siapa pun anda once dia cakap AKU SAKIT HATI DENGAN KO...so get ready la untuk terima layanan yang kurang ajar dari dia.

2- dia seorang yang penyabar. sangat penyabar, bila tengok dia kena tindas dengan someone yang tak berhati perut tu kita pulak yang rasa geram n sakit hati. tapi dia relax je. rupa rupanya dalam hati dia lagi dahsyat. dia relax sebab dia sabar, nak bagi second chance kat orang tu supaya dia berubah but at last tak jugak berubah, so now dia jadi tawar hati dengan orang tu. me also! rasa tak adil sebab dia buat my other half macam tu. but it's okay. SEMOGA ALLAH MEMBALAS PERBUATAN ORANG TU WALAU SIAPA PUN DIA. (hanya aku n bf aku je tahu siapa manusia2 itu.)

3- dia tak kedekut. kalau dia ada duit dia tak kan kedekut. tapi dia pandai berjimat. dia tahu camana nak handle duit. aku pulak memang jenis boros. ngam lah kan! hahahhaha.....dia tak pernah berkira bab duit tapi kalau dia berkira dengan korang bab duit tu, itu bermakna dia tak suka korang. =) tak pun korang pun jenis kedekut dengan dia. so do not expect yang my bf akan tolong korang kalau korang pun tak pernah tolong dia. so kalau nak mintak pinjam duit ke apa, ketuk kepala tanya diri sendiri, "PERNAH KE AKU TOLONG DIA MASA DIA TAK ADA DUIT SESEN PUN NAK BELI LIMAU AIS? ADA TAK?" kalau jawapan tak ada so lupakan lah!

4- hati dia cepat tersentuh. dia sensitif. tak semua tahu, hanya yang betul betul rapat je akan tahu. aku pernah tengok dia menangis sebab tak ada duit n dia malu nak mintak aku duit. menagis sebab tak dapat beli air yang harga rm1.20 je..yes! rm1.20 je!!! rasa nak pergi tumbuk je orang yang buat dia macam tu! sejak tu dia cakap kalau dia kaya dengan hasil titik peluh sendiri dia akan tolong student2 or anak yatim yang nak belajar. sebab kami tahu macamana susahnya seorang pelajar. dan dia akan ajar orang yang buat dia susah. aku sentiasa berdoa supaya TUHAN makbulkan doa dia. SAYANG KAMUUU....(bukan saja nak jatuhkan air muka bf saya tapi saya nak kamu tahu if one day dia bukan lagi ali nur faiz yang kamu kenal, it is not my fault but it's yours.)


5- bf saya handsome! bf anda? hehheh...mesti korang cakap handsome kan. sapa lagi nak puji bf kita kalau tak diri sendiri..hehehh..


macamana? handsome tak? ada iras iras jackie chan nak masuk islam tak?? kuakuakua...


ada rupa macam driver malek noor tak (tetiba pulak malek noor khannnnnn) hahhaha..tak kose mak nyah!

6- saya sayang dia sebab dia tinggi so saya boleh pakai kasut, selipar, wedges, heels setinggi mana pun saya suka...hehehehehhe...sebab dia tetap nampak tinggi dari saya. susah tau bagi orang tinggi nak cari bf tinggi sebab semua laki skg kebanyakan kemetot! wakakakak....hanya perempuan tinggi je yg tahu perasaan ku ini..(bajet ko tinggi sangat lah khaaaannnn) hahahhaah...


saya suka peluk dia usap perut buncit dia! hahahah... (statement maut ko nyahhh!!! hahhaah) eleh macam la ko tak pernah peluk bf ko kannnn...


weh!! apsal ko nampak handsome kat sini, aku nampak hodoh! tak adil gilerrrrrrrrrrr!!! haaa...tukan dah cakap tadi. pakai heels tinggi macamana pun dia tetap tinggi. awww...sukaaa!!!

kurus je dia time ni. tapi sekaranggggg....muka dah macam bantal dah aku tengok...hahhaha....bila orang tanya kenapa berisi. boleh pulak dia cakap awek pandai jaga! otak kau, tu dah jawapan macam org kawen....hahhaahha....

bila aku tanya kenapa tembam, kena sound setepek! ko yang asyik suh aku habiskan makanan ko kalau ko tak habis makan tu amende....hahhaha, seketul kena kat dahi aku! hahhaha...actually dia cakap dia senang hati sebab sekarang aku dah kurang marah2 dah.. penyakit aku pun da okay....dia senang hati kalau aku senyum, biar sehari tak makan, sehari tak mandi pun tak apa. biar duit dalam poket 1 sen pun tak ada, asalkan aku happy dia dah senang hati..terharu aku dengar tapiiii.....

helllooooooo....!!!!kalau duit tak ada dalam poket ko so aku nak kena tanggung ko selama lamanya ke?? banyak cantik bontot hang! hahahahaah...


ONLY GOD KNOW HOW MUCH I LOVE YOU...
HE KNOW HOW MUCH U LOVE ME...
& HE KNOW HOW MUCH WE LOVE EACH OTHER....

p/s : kalau ada yang niat nak copy pic ni lepas tu nak perasap guna kemeyan jadah apa la, tak payah la ye....niat nak bagi porak peranda ke apa ke tak payah la...dosa korang tu dah banyak...tambah la pahala u pulak k...semoga ALLAH ampun kan dosa kami dan kamu,,, =)

Friday, November 5, 2010

KERETA KENA PECAH DI TAMAN MELATI

last night pergi la dinner dekat mcD taman melati. aloh yang dokat dongan balai bomba taman melati tu...tak tahu gak? lantak korang la...janji aku tau..kuikuikui...lepas makan-makan ingat nak balik la, lepas tu nak terkencing tidak tahan u ols so pergi la station minyak on the run tu..dekat kondo(kot) belakang mcD tu...masa keluar mcD dengarla bunyi alarm kereta.

cakap kat kawan aku alarm kereta sapa lah ni. kawan ni senget sikit otak dia. dia jawab tak kesah la janji bukan kereta kita. tapi kitorang ingatkan kereta owner yang parking dalam kawasan perumahan bomba tu ke apa. masa lalu depan sekolah menengah taman melati tengok-tengok proton saga tu punya alarm. bonet terbukak. ingatkan tak tutup rapat ke apa. rupanya tingkap sebelah driver dah kena pecah.

kitorang dengan penuh rasa tanggungjawab pun stop tepi jalan call police. punyalah lama polis tu nak sampai. kalau ada orang yang cedera ni da mati lama dah ni. tapi redha je la tunggu. sampai hilang rasa nak kencing bagai. tapi kan alarm proton saga yang baru ni mak aihhh mmg kuat siot. kalah honda ke anaconda ke condo ke apa2 je la...sampai naik berdesing telinga kami. kesian kami!

selama tunggu tu satu kereta pun tak stop tanya kereta kami ke. kenapa ni? da call polis ke. senang cerita tak ada satu pun yang datang nak tolong. bukan nak kata kami ni baik sangat sebab kami tolong tapi ingatlah hidup ni macam roda. ada atas ada bawah. bukan kereta kita yang kena kita tak rasa la. kalau kita yang kena???? nanti kita tak tolong orang sok sok kereta kita kena pape tak ada orang tolong apa rasa?

TAK KENA BATANG HIDUNG SENDIRI TAK RASA...MINTAK SIMPANG LAH KAN...

Thursday, October 21, 2010

are you ready?

im 20 years old...kalau zaman dulu dah anak dara tua dah aku ni sebab tak kawen lagi but zaman sekarang...apa adahal weih...muda lagi kot! baru 20 tahun tapi depends la...kalau aku memang aku nak kawen awal. senang, pregnant muda uda ni senang sebab kita kuat lagi, senang nak handle anak la tu la ni la...kalau kawen umur 30tahun, 31 baru dapat anak, umur dah dekat 40 anak baru darjah satu...haih...sempat ke nak tengok anak besar?? memanglah ajal maut di tangan tuhan tapi kalau boleh kawen awal...why not kan!

nak harap kan aku kawen awal? memang tak dapat lah kan...my bf pun sama umur n study lagi..kalau kawen mahu makan pasir aku nanti. but one of my fren nak kawen tahun depan... wow, teruja dengar..tak pe la, sebab bf dia dah kerja so finance agak kukuh la kan. kawan masa zaman aku sekolah pun dah kawen dah, nikah gantung je, belum buat kenduri, okay la tu kan? atleast dapat mengelakkan maksiat... maksiat tak bermaksud having a sex tapi pegang tangan bf n gf pun dah menjurus ke arah maksiat kan.. so kalau boleh elakkan dengan berkawen, why not...kawen je la.

tapi persoalannya sekarang...are you ready?? ready to be a wife, ready to be a mother, to be a chef, to be a maid, to be a place for ur husband having a pleasure and to be anything. kahwin ni bukan senang. ibarat berjudi. kawen bukan semata mata soal umur, even umur dah lanjut pun kalau diri sendiri tak ready lagi untuk kawen tak guna jugak. last last bercerai, anak terbiar. tsk tsk!

membuat keputusan untuk kawen bukan satu perkara yang mudah, ya nampak mudah sebab tengah mabuk bercinta kan. tapi dah bersedia ke dari segi duit, mental dan fizikal?? fizikal mungkin dah bersedia kan. alah macam la aku tak tahu korang korang ni nafsu besar semuanya. hahahah..tak kira yang laki or yang perempuan. hahahahahhahah....finance?? kalau takat cukup cukup makan may advice is a big no for marriage..cari duit dulu then baru kawen. kenapa? hey ko nak ke bila pregnant nanti ko mengidam nak makan benda mahal mahal sikit husband ko tak mampu bagi. helloooooo.....kesian kat anak dalam perut tu okayyyy...

korang mesti akan cakap alah tiap anak ada rezeki masing masing. yes!! memang ada but bukan bermakna once wife ko dah pregnant gedebuk sebijik lori penuh dengan duit terbabas kat rumah korang. no no no...berangan la! nanti bila nak ko dah lahir ko tengok anak orang lain boleh pakai kan anak dia baju n kasut mahal mahal n anak korang pakai kasut bundle, tak pun kasut pasar malam. sedih bhaiiii...trust me. bila dah besar pulak anak korang nak psp macam kawan dia tapi korang mampu bagi brick game je..how come? MONEY IS NOT EVERYTHING BUT EVERYTHINGS NEED MONEY!!!!!

so before kawen tu bukan buku bank, belek belek berapa juta korang ada...kalau juta rupiah tak payah la dek non! hahahhahahah...main point is, ada kerja tetap, ada usaha, rajin, berdisiplin, bertanggungjawab so there u go! kaweennnnnn....next is mental.. hah, part ni memang banyak jadi punca penceraian. mental bukan bermaksud gila. so bila gila kena cerai. no no no...mental maksud aku di sini ialah bersedia kah korang jadi ibu, bapa, suami dan isteri.

duk depan cermin then tenung muka korang. aku dah bersedia ke nak jadi isteri?? pagi pagi bangun buat breakfast untuk husband nak pergi kerja. iron baju n seluar dia, basuh baju n seluar dia. kemas rumah. masak lunch, dinner n persiapan untuk menghadapi dia kat bilik tidur. mana la tau husband korang ganas kan. *bodoh* hahaha...tanya pada diri sendiri sedia kah aku nak jadi ibu, bangun tengah tengah malam salin pampers ana. bagi susu sedang kan husband korang masyuuuukkkkk je tidur. nak buat camana dah laki kaki tidur kan. ahahahah...sedia tak korang nak buat semua kerja rumah, ususkan anak anak 24/7...tiap2 hari tuuuu...kalau kerja lagi haruuuuu...jangan kata nak curl rambut. sikat pun belum tentu sempat.

for boys pulak sedia ke nak jadi husband?? tiap2 bulan gaji korang tu kena bagi kat bini. kena beli barang dapur, kena bayar kereta, letril, air, astro, bil tepon, tenet, minyak kereta n so on. ingat ya walaupun isteri anda kerja duit korang tetap kena bagi. wajib okayyyyy!!!!!!!!! berdosa kalau tak bagi. ready ke korang nak tunaikan permintaan anak korang yang nak tu nak ni. kalau tak bagi nangis tu satu hal tapi tak sedih ke tengok anak orang lain ada psp tapi anak kita tak ada sebab tak mampu?? ready ke nak beli pampers anak korang yang 50 keping rm55.90 tu?? kalau beli yang murah kan merah bontot lak...teeeheeheheh

pikir la sendiri...banyak lagi aku nak cakap tapi ko giler nak taip sume benda?? mati la aku! dah lah kaunseling tak bergaji...hahahah....apa yang aku cakap ni adalah apa yang aku dengar dari sekeliling aku dan apa yang aku tengok sekeliling aku n pengalaman orang lain yang aku tengok (aku tak kawen lagi).

and last but not least, are you ready to face sarcastic and annoying father or mother in law??? tu kalau father n mother in law korang tu berperangai lah kan. tak mo sentuh isu ni...sensitip! hahahahhaah...tapi benda ni banyak jadi punca perceraian. orang ketiga tak semestinya pompuan lain, or jantan lain tapi parents or parents in law pun boleh jadi orang ketiga. so kalau ada mak mak bapak bapak yang baca ni. DO NOT INVOLVE IN OTHER'S PEOPLE MARRIAGE. memang tu anak korang tapi biar dorang settle sendiri. much better kan.

SO TEPUK DADA TANYA SELERA TAPI YANG NI TEPUK WALLET TANYA BILA NAK KAWEN..HUAHUAHUA

SPECIAL FOR ANOI (THIS IS A GIFT FOR U) AHHAHAHA

P/S : KALAU ADA YANG BACA NI THEN TERASA SORRI LA YEK...TAK ADA NIAT. NAK BUAT CAMANA KALAU DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI. SENDIRI MAU INGAT LA KAN.

Wednesday, October 20, 2010

review : skin food aloe vera cream cleanser & etude house green tea mask

tak boleh tido! hadoiiiii...my fren bilik sebelah text me tanya dah tidur belum, i ask why?? nak suruh teman pergi toilet..bodoh...penakut nak mampos! hahhaha...so alang-alang tak boleh tido berbelog lah sikitttttt....hari tu kan dapat freebies from skin food n etude house kan? so now nak review pasal skin food aloe vera cream cleanser and etude house green tea mask...


hijauuuuunyaaa...hehe...mula mula aku cuci muka guna skin food aloe vera cream cleanser tu dulu, 1 paket tu boleh guna untuk 1 hari.


kat belakang pack tu tak tulis cara guna so guna inisiatif sendiri la kan..da nama pun cream cleanser, tak berbuih macam foaming cleanser pulak kan. so aku basahkan muka. letak cream tu kat tapak tangan pastu tenyeh kat muka la tak kan montot kot...muahahha..agak 18sx disitu ye...

lepas bilas. rasa wow! lembut giler muka. cam sutera..ni tarak tipu punya, kalau tipu pun bukan aku dapat komisyen dari skin food ni pon.

rasa macam ada thin layer kat muka korang taw. thin layer yang buatkan muka lembut dan bersih. tapi kalau muka korang menggelupas aku tak sarankan la guna sebab biasanya tepi hidung kan selalu menggelupas n terkopek sikit2 kan. bila guna cream cleanser ni, pedih kat tempat tu. aku guna oxy white aku tak pedih pulak. so untuk kulit yang nipis tu maybe tak sesua la kot...tapi nak guna pun tak apa...korang pakai duit sendiri beli kan kan kan? hahaha

memang soft la kulit. 

after that aku letak pulak green tea mask kat muka. baring relax relax dekat 20 minit. aku cabut r pastu terus tzzzzzzzzzz.....bangun pagi besok muka still lembut gebus gebas u ols...ahahha...


korang ingat otak je stress..kulit pun stress la derr...


before..dah macam apa dah rupa..ni la muka tak cukup tido banyak study...wahahahah *tipu*


tepek jangan tak tepek..hehe


after..without flash..oh fresh


with flash...oh segar, eh bukan dah cakap ke tadi..oo, tadi cakap fresh...muahahaha

p/s : kalau ada mulut longkang yang cakap eleh muka tak cantik pun nak masuk dalam blog. hey longkang, muka aku, blog aku..suka hati aku larrr....heheheh

Tuesday, October 19, 2010

my wishlish yang hampir terlaksana semuanya...(bb cream review)

weeee...heeeeee.....best nya bila dapat apa yang kita nak dan idam idamkan..betul tak? even bukanlah benda tu keperluan tahap gaban tapi once da dapat..happy bhai!!!!! tadikan pergi one utama. pastu kan window shopping, pastu kan masuk kedai tu masuk kedai ni, masuk butik tu masuk butik ni. satu handbag pun aku tak berkenan satu baju pun tak ada aku berkenan satu kasut pun tak ada aku berkenan sampai my bf pun dah penat asyik cari kerusi je bila masuk butik..cheh!! tak power root langsung! baru 5x turun naik eskletor, 6kali tawaf ou tu dah pancit! haih!

taoi kan aku pun tak tahu mana power aku dapat bila time shopping. tak penat cam ko jalan pergi kelas, kalau pergi kelas, jalan sikit je bukan main aku membebel. hahhahah...jauh la, panas la, rimasla....hahhahaha...beg tak nak kasut tak nak baju tak nak...rupa rupanya nafsu aku nak ni yeee.......


ohhhh...patutla tak nak handbag bagai, nak makeup korea rupe rupenya...berangan nak jadi comel tak hengat cam orang korea la tuh...berangan la ko kulitttt....hahaha

from left : etude house green tea face mask, etude house pomegranate face mask, etude house precious makeup essence mineral, skin food aloe sun bb cream and skin food aloe vera cream cleanser.

aku beli 2 barang je...precious make up essence mineral frome etude house dan skin food aloe sun bb cream. nampak banyak? 3 barang tu dapat free je...hehehhe, face mask tu from etude house. free!! aloe vera cream cleanser tu pun free..he2...i love free things...huahuahua..

nanti aku review satu satu k produk tu. now aku review bb cream dulu.


bb cream skin food tu aku baru beli, belum test kat muka lagi, aku beli sebab dah banyak positive review yang aku dapat...hehheh...sebelah kanan tu sapa yang tak tau apa korang bungkus kain baju pindah duk alaska la weih! hahahhaha belah kana tu simply siti acne solution simply 5 cream. ala ala bb cream la but it is not state that it is a bb cream so tak tahu nak panggil apa..ala ala bb cream boley?? hihihi...

simply siti tu dah almost 3month aku pakai okay, every day...kadang kadang 3x sehari, kadang kadang 2x..dependla berapa kali aku cuci muka dan makeup. last long kan??? satu tube tu 35ml, 3bulan pun tak habis lg bhai..banyak lagi kot. 

any changes?? nothing! 3months pakai tapi tak ada perubahan apa apa pun. yang bestnya easy to blend la. ada 1 kaler je n dorang cakap suit all type of skin tone. tak ada maknenya! kalau muka kaler bontot kuali tak denye nak suit la heh! hihihi

so far aku hanya boleh compare oil control simply siti n skin food aloe sun bb cream ni je. tang lain tak boleh nak review lagi pasal skin food punya bb ni sebab tak tenyeh kat muka lagi...nanti dah tenyeh aku bagi tau..


 aku dot kan atas oil blotting paper tu sebelah kanan simply siti. sebelah kiri skin food aloe sun bb cream.


after 10 minutes...as u can see...simply siti more oily, kata acne solution tapi... -.-" haih...


after around 45 minutes...more oily....ayooo...bayangkan kalau pakai kat muka selama 5jam.. minyak boleh buat goreng ikan agaknya. patotla cepat je oil blotting paper aku habis, sehari 3,4 keping blot kat muka. dush! killing my wallet lor...


im wearing simply siti and pixy two way cake. bila more than 8 jam boleh goreng ikan muka aku...hahhaah...paling tak suka tang t-zone mesti menyinar gitu...hahhha...mesti ada yang tertanya tanya kalau tak best why aku boleh pakai simply siti sampai 3bln lamanya. nak tau jawapan?? aku ni kedekut...malas nak beli foundation n bb cream lain...pakai je la mana yang ada...hahhahaah

tapi bila tengok review bb cream skin food la, etude house la face shop la..tergoda ai you...tak tahan so kena la beli nanti termimpi pulaak...kih kih...

p/s : segala review aku kat sini tidak berbayar dah segala yang aku tulis kat sini adalah pengalaman sendiri okayyyy!!!

rate : simply siti - 5/10
skin food aloe sun bb cream - coming soon...belum tenyeh kat muka tak leh rate lagi.