Showing posts with label heart feeling. Show all posts
Showing posts with label heart feeling. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

padan muka...

ASSALAMUALAIKUM....

hahahahahhahaha...
padan muka......
sombong lagi......
buat palat lagi.....
kan dah susah hiduppp.....
tunggu la dia kerja...
lagi susah tau....


ASSALAMUALAIKUM....
EH..
WAALAIKUMUSSALAM LA....

Thursday, June 9, 2011

hanya kita paham diri kita

pernah rasa menyesal tak bila puji orang and at last dia tak sehebat yang kita fikir pun??? aku? sikit ada gak lah menyesal, rasa macam apa yang aku puji selama ni hanyalah tipu semata-mata..macam aku yang reka cerita tapi masa aku puji tu memang tu lah realiti but bila kita dah kenal dia betul2 rasa macam
"alahhh...bukan bagos sangat pun dia ni..menyesal aku puji"

but seriously sebenarnya hanya diri kita sendiri je patut menerima pujian dari diri sendiri bukannya kau sibuk nak pergi puji anak mak cik bedah sebelah rumah atuk sedara kau temah oiii....lantak lah orang nak cakap masuk bakul angkat sendiri ke masuk lif tekan punat sendiri ke janji kau bahagia sebab dalam dunia ni hanya diri kita yang kenal diri kita sendiri dan paham diri kita sendiri...

sejuta kali kau cakap kat orang tu macam ni macam ni macam tu macam tu belum tentu dia paham sebab lain manusia lain cara dia interpret maklumat...so konklusinya (sejak masuk class bm nih conclusion pun jadi konklusi, so jangan terkejut kalau tiba2 aku cakap dengan korang macam tak de anak tekak..sebutan baku kekdahnya..muahahha) so pendek cerita kau je paham diri kau so jangan nak bajet pak we ke, bff ke sepupu  sepapat ke adik beradik ke akan paham kau....

kau gebang ke serata alam pun laki kau baik mulia, macam malaikat, adik kau macam angel lah tu lah tak de maknanya derr...verangan lah kau, tak de maknanya dia akan paham kau...kau mati sok mungkin dia akan paham..si polan bin polo ni baik arwahnya...time arwah hidup selamba badak je ko ignore perasaan dia..wakakak

p/s : prinsip aku senang je..ko tak paham aku lagi aku tak paham ko...lantak lah..hade ku kesahhhh.. =)

Thursday, February 24, 2011

sayang sayang juga tapi kadang2 menyampah okayyy

sapa ada boyfriend?? tonggek bontot skeetttt...muahahaha...hari ni no pictures ya...yang ada hanya bebelan tak puas hati...tak nak baca sila close lah...jangan pulak baca pastu korang tak suka korang memekak kat blog aku buat nyanyian cerca mencerca...aku sumpah sekor2 jadi sesumpah jap g kang!

aku sayang bf aku (wakaka) tapi kadang2 menyampah jugak...tipu la kalau ada yang cakap tak pernah rasa menyampah dengan bf sendiri walaupun sekali...betul tak? tak betul? lantak korang la...apa yang aku menyampah dengan dia??

1 - mengannnnntuuuuuuuuuuuuuuuuukkkkkkkkkkkk je kerjanya..padahal tidur lebih kurang aku je..aku okayy je. ngantuk pun still boleh lepak, hang out..borak2..tapi dia mmg mata layu nak tidur je...aku memang pantang kalau ko kuar dengan aku buat muka ngantukkk..hellooooo..kalau ngantuk jangan ajak kuar...bodoh! kan free dapat bodoh dari aku..

2 - dia ni lambat pikap sket..otak lambat pikap ye..bukan lori pikap tu...hahha..kalau takat ko bagi hint ke apa ke, mampos dia tak paham...bila cakap straight nak touching...lembu giler cow...bahahha

3 - dia tak baca blog aku...kiranya macam tak alert la. but who cares. lagi bagus pe ko tak baca..bila aku bengang boleh kutuk ko bagai..

4 - he said something but he cannot do it..always...bila aku bagitau ke sindir2 ke nak touching plak..but darla, thats the truth bout u okayy..im being honest...

5 - he is not romantic at all! not at all...hahhaha...dia tak tahu camana nak bg surprise...he never knew it!

6 - he never know how to make his gf love him more n more...tak pandai ambik hati la kiranya...so aku kira kena pupuk hati sendiri la supaya hari2 sayang gitu..nak harapkan dia..mau mati sayang aku tak di siramnya air...

i love you but sometimes i hate you...

Monday, January 17, 2011

susah lah kalau hati dah benci ni...

ingatkan dah reda kes ganggu menggangu hidup aku ni...
rupanya ada lagi...nasib la labiiiiiiiiiii, dah kau dapat yag macam tuuuuuuu....
tapi aku memang tak puas hati betul la, baru nak baik ada je yang buat aku naik angin...
pantang betul aku kalau orang ganggu kesenangan dan ketenangan aku...
memang nak terkeluar la segala makian...tapi tahaaaaaannnnnnn jekkk..tu yang luah kat blog ni...

adoii aiii...ikot nafsu setan aku memang aku rasa nak sumpah biar mampos je mereka semua tu...
mampos lagi senang lah agaknya mereka nih!
hidup pun menyusahkan aku..
bila lah nak grad ni, nak cari kerja kat overseas, tak dapat kat europe dapat kat negara asia lain pun tak pe lah..
asalkan jangan kat Malaysia nihhh...
nanti ada jek yang menggangu...baru nak cuci berak dah sebuk mengacau,
apa lagi tengah makan...lagi menjadi jadi lah dia nak mengacau...

sakitnya hati wahai Tuhan....
ambiklah nyawa mereka cepat cepat ya Allah....
kalau kami yang mati dulu,
takut kat kubur pun dorang ganggu...

@E#%^&^^&***^%$#%RD%$#@@!!!!!!!!

Friday, December 24, 2010

pizza hut mid valley yang menyakitkan hati

MEMANG SAKIT BETUL HATI AKU DENGAN PIZZA HUT KAT MID VALLEY NI...HARI TU AKU PERGI DENGAN MY BF N DIA BAGI TABLE FOR COUPLE..OKAY LA, MEMANG PATUT PUN SEBAB KITORANG BERDUA JE, TAPI MEMANDANGKAN ADA  DUA LAGI TABLE UNTUK 4 ORANG AKU PUN REQUEST LAH NAK DUDUK MEJA TU SEBAB MEJA FOR COUPLE TU SEMPIT. KALAU KAU ORDER PIZA SIZE TAPAK TANGAN BOLEH LAH. NI WE ALL NAK ORDER LARGE PIZZA, SPAGETI, CHICKEN WING. TU TAK TERMASUK AIR LAGI. MUSHROOM SOUP LAGI. DIA TAK BAGI PLUS CAKAP PUN KURANG AJAR. MEMANG MAKAN MAKIAN LA..KAU TU PUN MAKAN GAJI JE. HORMAT LA SKET SESAMA MANUSIA...
JANGAN INGAT KAMI BERDUA JE SO ORDER PUN SIKIT. DIA BELUM TAHU KALAU BF AKU MAKAN PIZZA LARGE TU DIA SORANG JE...KALAU TAK BAGI DUDUK MEJA BESAR TU PUN CAKAP LA ELOK2 NI PANDANG MUKA PUN TAK....KALAU AKU DUK MEJA COUPLE TU SAH2 DAN CONFIRM PIZZA TU AKU KENA LETAK ATAS LANTAI...CONSIDER LA SIKIT...ORANG DAH CAKAP KAN NAK ORDER BANYAK...BANGANG BETOL...TERUS AKU BLAH..MEMANG PANTANG AKU KALAU AKU DAH DUDUK NAK MAKAN ADA YANG MENYEKAT. MEMANG CEPAT JE AR DARAH NAIK KEPALA...NAK JE AKU CEPUK MUKA BETINA TU..BARU KERJA WAITRESS DAH BERLAGAK...PATUTLA TUHAN TAK BAGI KO KERJA LAGI ELOK...MINTAK DI JAUHKAN PERANGAI SEBEGITU TERHADAP KETURUNANKU...AMINNN....

Wednesday, December 1, 2010

sila terasa

jangan harapkan lebih kalau kau pun tak mampu nak bagi lebih....
tak payah la nak rasa diri tu bagus sangat kalau kat mata aku ni kau bukan apa pun sangat...
ya betul, aku pun bukan hebat sangat...sekurang-kurangnya aku tak pernah lupa tolong kau....
ya betul..aku mengungkit...supaya kau sedar dan tak gelap mata dengan sedikit kesenangan yang di beri sehinggakan kau lupakan aku....
aku bebas kutuk kau kat sini sebab aku tau kau tak akan baca pun walaupun broadband kau bayar siap untuk tahun depan sekali.....
so aku nak kutuk puas puas sekarang ni...
tapi tak boleh kutuk sangat sebab kau dah lepas kena sound so mungkin kau akan baca nanti...tapi dah terlambatlah ye...
kau ni sebenarnya macam pahat dan penukul...paham kan?? kalau tak paham bukan melayu namanya...
kau bajet yang kau je tertekan, agaknya kau tak tahu kot yang orang lain pun ada otak dan akal macam kau....kau ingat orang lain otak lembu kot walaupun yang otak lembu tu adalah sebenarnya engkau...
tak kesah la janji tahun depan kau tak susahkan aku lagi..aku tak kesah orang susahkan aku kalau dia hargai aku...tapi kalau dah reti susahkan orang tapi tak reti berterima kasih ni yang susah...mak bapak tak ajar kot..tu kannnn..dah kua mak bapak bagai..tu tanda aku marah yang melampau...
sekali lagi aku jangan jangan meminta kalau tak mampu nak bagi....
kalau kau rasa diri kau lagi bagus dari aku...
aku okay je...tak ada masalah...ye la, nak kata apa kan kalau orang dah rasa diri dia tu bagus sangat....
yang tak boleh bla, dia pulak pandai pandai suruh aku berjanji something yang dia start dulu...pulak tu dia tak mengaku dia yang start dulu...memang perangai tuuuttt punya manusia lah kan....
last sekali...maaflah kalau aku kurang ajar, sebab aku rasa kau yang start kurang ajar dulu...sejuta kali kau tak mengaku pun aku yakin TUHAN tahu...


sekian...


ASSALAMUALAIKUM!!


P/S : EH pandai ke jawab, maklumlah kau kan tak suka jawab salam...takut dah lupa camana nak jawab salam....meh aku ajar...


WAALAIKUMUSSALAM....


haaa...da pandai? bagusla..alhamdulillah...


p/s/s : kalau ada yang meluat baca ni, sori la ye...ni blog ai..tak salah ai nak luahkan apa yang ai rasa..kalau yu rasa nak luahkan ketidaksukaan terhadap ai dan kebencian terhadap ai..yu buat blog sendiri okayy...tak payah nak komen2 macam orang tak bermaruah kat blog ai...hormat tuan rumah ye yu..okay..trimas!

aku juga punya hati

tajuk entry cam nak touching jerr...hahahah..memang! hari ni aku nak cerita ketidakpuasan aku selama beberapa hari nih..heheh..

sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula suami isteri..betul tak? tapi jangan salah sangka. itu tak bermakna aku ni dah kawen ataupun nak kawen..heheh...just nak story apa yang aku rasa dan fikir. bagi yang tak suka, tak setuju dan tak nak baca..u may leave...tiada paksaan...

dalam bercinta standard lah kan kalau bergaduh berperang bergusti ni kan...kalau tak bergaduh tak lah rasa nikmat perhubungan tu kan..tapi in a relationship ni kita perlu ada give and take...bukan nak cakap aku bagus sangat tapi ni just opinion aku..sapa tak setuju u may leave as i told u before this.. 

contoh hari tu aku gaduh dengan my bf. bukan aku yang start dulu. alih alih nak maki aku..tau la before this kita selalu saling maki memaki..but come on, aku dah lama tak maki kau so jangan nak buatkan aku maki kau...kalau aku dah start maki kau, sampai ke blog n fb aku maki nanti....hahaha

alasan dia maki aku sebab dia sakit kepala. nonsense la beb...hahahah..aku layankan je lah. dah dia nak start perang makian..oden no hal..nak tak nak aku maki lah balik..hahha....NOKTAH DISITU

tapi yang aku nak cerita sekarang adalah aku juga punya hati..jangan fikir kau sorang je ada hati...
semalam berani sungguh seekor manusia tu sms aku cakap dia dah lama tahan dalam hati dengan perangai, kata-kata aku n whatsoever lah...

aku cakap balik kat dia. sebanyak mana yang ko simpan dalam hati tak sebanyak mana yang aku simpan dalam hati aku pasal kau...that's the truth. aku admit aku pernah sakitkan hati dia but please la, we're only human. nobody perfect...kan?? setidaknya apa yang kau simpan dalam hati kau hanya apa yang aku cakap tapi apa yang aku simpan dalam hati aku tentang apa seluruh keturunan kau cakap kat aku..sori sangat kalau aku benci dorang...dan bersyukurlah sebab aku tak benci kau..lagi...

ingatlah..kau pun bukan sapa sapa pun pada mata aku. setakat hutang keliling pinggang tak perlu nak lagak vvip dengan aku...dan satu lagi yang aku nak pesan, mata kau mungkin cepat kabur dengan sedikit kebaikan yang mereka taburkan tapi sampai akhirat pun aku tak lupakan apa yang mereka pernah buat. walau sebesar zarah...

apa yang mereka bagi tak setimpal dengan sakit hati yang aku rasa. walau luka tu dah sembuh parutnya tetap ada dan ia boleh berdarah kembali pada bila bila masa...kau mungkin lupa kepedihan dan keperitan yang kita sama sama rasai dulu tapi aku tak kan pernah lupa..TAK KAN!

YA..INI SATU DENDAM....memang betul tak elok simpan dendam tapi aku hanya manusia biasa....
walau seribu tahun pun aku tak kan pernah lupa..tak kan...dan maaf sekali lagi sebab aku tak boleh menerima mereka..not now, not tomorrow nor forever!!


Saturday, November 27, 2010

KOMEN PEDAS WARTAWAN UTUSAN TERHADAP FILEM 2 ALAM

Alam 'luar biasa'

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH syazwan_zakariah@astro.com.my

BANYAK pertanyaan yang bermain di fikiran saya sesudah menyaksikan 2 Alam. Hampir kesemuanya bermula dengan 'kenapa', baik dari segi jalan cerita dan pengarahan, sampailah kepada tahap keyakinan Dr. Rozmey bahawa filem ini mampu mengutip RM40 juta. Tidakkah dia sendiri menontonnya?

Filem 2 Alam memfokuskan kisah seorang penyanyi terkenal, Amy semasa hidup dan matinya.

Dia sebenarnya seorang lelaki bernama Adam yang mengubah jantina semasa belajar di luar negara.

Kehidupannya digambarkan penuh jahil dan maksiat, manakala apabila mati, jenazahnya berdepan azab tidak diterima bumi.

Seringkas sinopsis tadi, semudah itulah 2 Alam digarap. Bukan niat untuk memperkecil-kecilkan usaha Ed Zarith dan Hairie Othman, tetapi hanya inikah yang mampu dipersembahkan oleh dua orang pengarah?

Seawal pembukaan, momentum filem ini sudah dibunuh. Penonton disogokkan dengan pembentangan slaid ala Microsoft Power Point yang bertanyakan bermacam soalan selama lebih dua minit!

Maaf Dr. Rozmey, kaedah untuk menjual ubat kurus tidak sama dengan cara bercerita di layar perak.

'Zaman kegelapan' Amy ditonjolkan berselang-seli dengan adegan persiapan mengkebumikan mayatnya.

Tidak dinafikan sinematografi untuk babak-babak di kampung dihasilkan dengan dramatik dan teliti, tetapi sayangnya kosong tanpa isi.

Keindahan syot-syot itu tidak dibantu dengan dialog yang kuat. Kalau ada pun, bunyinya sangat klise dan pernah didengar dalam drama televisyen era 1980an.

Sebagai contoh, "Sabarlah, ini takdir Tuhan. Sebagai orang Islam, kita harus terima qada' dan qadar".

Filem 2 Alam membulatkan sesuatu perkara dengan dangkal dan terus menghukum. 'Dunia' kampung digambarkan seputih-putihnya menerusi watak Ustaz, graduan dari Mesir. Dunia kota ditunjukkan sehitam-hitamnya dan penuh noda menerusi watak Amy, lulusan universiti di London.

Saya tidak pasti mengapa pengarah sangat obses kepada lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search.

Kalau lagu tema sekalipun, perlukah ia dimainkan berkali-kali untuk babak imbas semula? Mereka mahu membuat filem atau video muzik?

Tidak salah kalau ingin menjadikan naskhah ini sebuah melodrama, tetapi janganlah malas. Syot yang sama diulang pakai sehingga penonton naik muak.

Bercakap mengenai video muzik, terdapat satu adegan yang membuatkan saya keliru, sama ada mahu ketawa atau menggeleng-gelengkan kepala.

Ketika itu Amy dan kekasihnya, Juan baru berpisah. Kedua-duanya berjalan mengikut alunan irama perlahan sebelum bertembung, kemudian masuk ke dalam kolam renang dan menyelam. Apakah maksud dan kepentingan adegan ini?

Persembahan lakonan sangat menjengkelkan, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan pun jika skripnya sama taraf.

Sebagai contoh, "Aku betul-betul tak sangka kita dapat rogol penyanyi popular!" dan "Memang you takkan jumpa lelaki yang handsome macam I dalam dunia".

Sebagai bintang utama, Suhailah Salam lebih banyak menangis daripada bercakap. Dia juga asyik berpesta dan berpeleseran; tidak kiralah di dalam tab mandi, kereta atau di atas katil.

Mana adegan yang membuktikan dia seorang penyanyi popular? Mana adegan yang menunjukkan dia dulunya seorang lelaki?

Mengapa konflik jiwa Amy/Adam tidak diselam?

Mengapa Amy mengamuk dan mahu bunuh diri bila akhbar mendedahkan dia tukar jantina, walhal apa yang terpampang di muka depan ialah "engakuan Amy: Saya seorang lelaki"?

Jika 2 Alam sekadar mahu memberitahu betapa seksanya jenazah orang berdosa sewaktu dikebumikan, lebih bagus penonton membaca majalah Mastika saja.

Penceritaan filem ini melemaskan, bercitarasa buruk dan dakwahnya tidak kesampaian.

Ada baiknya saya berhenti di sini. Saya tidak mahu disalahkan nanti jika ulasan ini boleh membantutkan impian Dr. Rozmey mencatat jumlah kutipan yang luar biasa.

sumber:utusan


Saturday, September 18, 2010

masa atau duit??

bila bercakap pasal masa, ramai orang cakap tak pernah cukup. betul tak? kalau cakap pasal duit pulak? lagi la tak cukup weh! bila ada duit je mula la berfikir nak beli tu nak beli ni. bila tak ada duit pulak mula la muka toya macam kambing beranak anak lembu. ala...cakap la pasal masa ke duit ke, selagi kita ni bergelar manusia sampai bila-bila pun kita tak kan pernah puas dan cukup dengan apa yang kita ada kan?? normal la tu...jangan pulak korang takut sampai pergi hospital buat check up! =.='

actually dah beberapa hari dah aku ni kebosanan. yela sejak balik hari khamis hari tu aku belum sempat spend time betul2 dengan mybf. bukan aku yang buzy tapi dia. aku ni beriya2 la balik awal dari kampung lepas raya hari tu tapi tup2 duk melangut sorang2 kat dalam hostel. makan pun biskut raya yang aku bawak je sebab kafe belum bukak. kalau nasib aku baik bf aku datang hantar makan tapi tu pun dah tersangat lewat la, dah kira breakfast + lunch + dinner + supper = ???? korang jawab la sendiri.

aku paham dia buzy tapi sebagai bf dia pun kena pandai la bagi masa. dah la kemewahan dia tak dapat bagi, atleast kena la bagi masa kan. masa tu kan emas. kira macam tak dapat kemewahan barang mahal2 pun aku dapat masa dengan dia. lagi berharga dari korang yang dapat beg dan hadiah mahal2 dari bf korang kan kan kan....tapi entah malang apa nasib aku, hadiah mahal2 sudah tentu lah tak ada/ masa yang tak perlu di beli tu pun dia tak mampu bagi. aku pun tak paham macamana dengan hidup dia tu...

kadang2 sampai aku fikir lebih baik aku tak ada bf, sama je gaya hidupnya. lagi senang aku rasa. tak payah nak fikir perasaan dia, kita boleh buat apa je kita nak kalau kita tak ada bf, boleh keluar dengan siapa je yang kita nak. hidup pun aman. tak ada rasa sakit hati. aku ni sebenarnya garang, bila ada yang aku tak puas hati aku akan brainwash dia cukup2...memang kaw punya aku bagi tapi kali ni rasa terkilan dan kecik hati aku sampai aku dah tak mampu nak marah dia. apa dia cakap aku boleh senyum je. aku tak mampu nak bercakap dengan dia sebab hati aku dah macam sedih sangat2.

aku jadi macam tawar hati, that's the right word kot. TAWAR HATI...sangat2 tawar hati aku rasa. tak pernah aku rasa macam ni. sampaikan aku jadi macam tak ada perasaan. bila dia cakap nanti kita keluar ke, nanti abang bawa pergi makan tempat mhal ke, aku hanya senyum je sebab aku tau dia mampu dari segi duit untuk belanja aku kat tempat mahal tapi dia tak mampu dari segi masa.

MANUSIA TAK KAN PERNAH CUKUP....