Sunday, October 3, 2010

what goes around comes around

Orang selalu cakap yang zaman sekarang Tuhan bayar cash kalau kita tengok orang jahat yang di timpa bala. betul tak?? betul kan kan kan? actually ada benarnya. buat baik di balas baik..buat jahat di balas jahat. semalam kan aku pergi la STABAZ (uia punya stall sempena konvo) malas sebenarnya nak pergi tapi terpaksa, hadoii...lapar sangat dah, ada kepatut sebab konvo n sebab stabaz semua cafe dalam uia ni tutup. tak ke cinabeng cicak kobeng namanya.

bagi yang tak ada helikopter macam aku n terpaksa la meredah kesesakan lalu lintas, turun naik bukit untuk sampai ke stabaz tu. naik apa??? naik kaki la. beskal pun tak mampu beli. see!!! betapa kesiannya aku ni...aku beli nasi goreng pataya, cucuk2, ice blended n cendawan goreng. hajat di hati nak bawak balik je semua gerai kat situ supaya senang aku nak pergi beli makanan.

punyala bernafsu serakah aku tengok semua makan kat situ. naik terbeliak bijik mata aku tengok. lapar punya pasal sehari suntuk tak makan. dah siap beli aku melepak kat bus stop. berfikir sejenak, nak tunggu bf aku datang amik ke nak jalan kaki ke nak naik teksi. kalau tunggu boypren aku tu mau mampos kebulur aku baru dia sampai. nak jalan kaki, oh cannot...cannot....banyak sangat kereta. uia ni dah la satu keliling macam round about. oneway pulak tu, so aku kena jalan kaki lawan arus pastu semua kereta mesti la mengadap aku pastu dorang mesti nampak muka aku pastu dorang mesti kacau2 aku pastu pastu pastu pastu aku cancel la nak jalan kaki. tu pun nak cakap ke. teka la sendiri. hehehhehehe

so aku pun bulatkan hati (derr sejak bila hati lu bulat??) da tu hati aku petak?? kui kui...aku pun naik la teksi. tambang rm4.50. aku bagi rm5 pastu aku cakap kat pakcik tu tak payah balance lah. dia cakap tq tq. aku balik bilik apa lagi. melatak tak hengat la. da habis makan aku kunun-kunun nak msg la buah hati aku yang aku dah makan. cari punya cari henpon den yillek (tak ada!!) gelabah kura2 la aku. terus pergi bilik sebelah pinjam fon akak tu then call fon aku. nasib baik engkau ada orang angkat. feremfuan u olls. then aku suruh boypren aku pg amik sebab aku malas.hahahah...

bila aku pikir2 balik ni adalah balasan atas apa yang pernah jadi dulu. aku pernah jumpa fon sorang perempuan kat kedai makan. aku call last incoming call dalam fon dia. cakap kat dia member dia hilang fon. member dia pun tak perasan yang fon dia hilang. bongap botul lah kan. nasib baik jumpa kat aku. so aku pulangkan. dia muka selamba je datang amik fon cakap tq pastu blah. tak tanya mana jumpa fon tu ke apa ke. senyum pun nak tak nak je. tapi tak kesah la yang penting aku puas dapat tolong orang.

bukan nak cerita yang aku ni baik tapi nak cakap yang aku ni mulia tak suka ambik harga orang tak tentu pasal. moral dia WHAT GOES AROUND COMES AROUND.  tak kira la benda baik atau tak. so sebelum buat satu perkara tu fikir dulu.

p/s : ko memang seposen pun! keh keh keh...so ubahlah supaya ko jadi sehengget...

No comments:

Post a Comment